TAIPING: Polis menahan seorang lelaki dan merampas beg galas berisi peket plastik dadah jenis ekstasi, pil Erimin 5 dan ketamin bernilai RM25,550, di sebuah kondominium di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada jam 9 malam.
Beliau berkata, pemeriksaan fizikal suspek menemukan satu beg galas berwarna hitam dengan 27 peket plastik berisi dadah ekstasi dan 20 foil aluminium berisi 200 biji pil Erimin 5.
Selain itu, turut ditemui dua peket plastik berisi dadah jenis ketamin dan dua peket plastik berisi 23 biji pil ekstasi.
"Suspek telah berkahwin dan bekerja sebagai penyelia di salah sebuah syarikat pinjaman wang berlesen di Taiping.
"Suspek dipercayai bergiat aktif sejak Ogos lalu di kawasan Taiping dan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis benzo.
"Semakan rekod kesalahan lampau mendapati saspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya lagi, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988, di mana Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Taiping menyita sebuah kereta jenis Honda Accord.
Di samping itu, turut disita dua bentuk cincin, satu unit telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM700.
"Nilai rampasan dadah adalah RM25,550 manakala nilai sitaan adalah RM153,900.
"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan lebih kurang 500 orang penagih dadah.
"Dadah tersebut disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan," katanya.
Beliau berkata, suspek direman selama lima hari mulai semalam hingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut.
Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.
Aida Aziz
Wed Oct 19 2022
Pemeriksaan fizikal menemukan satu beg galas berwarna hitam dengan 27 peket plastik berisi dadah ekstasi dan 20 foil aluminium berisi 200 biji pil Erimin 5. - Gambar hiasan
QS Ranking: Taylor's terus cemerlang, tangga ke-36 terbaik di Asia
Taylor’s University terus cemerlang dengan lonjakan lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Menurut Naib Canselor Dan Presiden, Taylor’s University Professor Barry Winn, pengiktirafan ini secara tidak langsung mengukuhkan malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa bertaraf dunia.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
WUF12: Pembantaian di Gaza, kehilangan tempat perlindungan
Dzulfitri Yusop membawakan perkembangan daripada World Urban Forum ke-12 dari Kaherah yang turut menyentuh mengenai isu genosid di Gaza dan kehilangan tempat perlindungan.
Rangkaian 5G Kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan pelan perancangan seterusnya daripada U Mobile Sdn Bhd berhubung proses pelaksanaan rangkaian kedua 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada hari dagangan terakhir minggu ini susulan aktiviti pengambilan untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya AS.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu di Gaza
Di tengah Gaza, petugas perubatan Palestin mengesahkan berlaku kecederaan ekoran serangan udara di sebuah kediaman di kawasan Abu Maala.
AWANI Borneo [7/11/2024] – Di parkir hotel | Tuntutan Sulu | Kos RM320 juta
Tumpuan AWANI Borneo 8 Nov 2024 bersama Jasmine Abu Bakar
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
- Lelaki maut maut di hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
- Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
- Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
#AWANInews
Polis siasat laporan khianat libat 11 kereta di Lahad Datu
Kejadian itu tular di media sosial dan warganet mendakwa terdapat 20 kereta yang terlibat dalam kejadian berkenaan, namun siasatan polis mendapati hanya melibatkan 11 kenderaan.
Serangan seksual di tahfiz: Hukuman penjara 13 tahun bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama kerana melakukan serangan seksual terhadap pelajar.
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
AGC bantah saman pemula Yusoff Rawther berhubung jaminan kes dadah
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah saman pemula difailkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap kerajaan Malaysia berhubung jaminan bagi pertuduhan kes mengedar dadah dihadapinya.
Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas.
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
Yusoff Rawther ditahan polis
Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther ditahan sejak Jumaat lalu selepas polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan bahan dipercayai dadah.
Doa buat Mamat tidak pernah putus untuk kembali ke pentas - Exists
Doa buat vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, agar beliau dapat kembali beraksi di pentas tidak pernah putus.
Nia Ramadhani akui pengalaman dipenjara hikmah terbesar dalam hidup
"Semoga apa yang terjadi dengan saya sebelum ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar oleh orang di luar sana."
Mamat Exist lega dua kes dadah sudah selesai
Bekas vokalis Exist, Mamat mengakui kini boleh menarik nafas lega selepas dua kes dadah yang menghantuinya sebelum ini sudah pun selesai di mahkamah pada Isnin.
Cliff Umar mengaku bersalah miliki dadah
Juara sebuah program realiti TV, Cliff Umar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin, Ahad lalu.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.