KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau ditahan selepas cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya di Jalan Ayer Embun, Titiwangsa di sini, tengah malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji berkata dalam kejadian pada 12.15 tengah malam itu, sepasukan anggota Balai Polis Jalan Tun Razak sedang melakukan rondaan sekitar Taman Tasik Titiwangsa, sebelum melihat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier yang diparkir dan dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kuantan.
"Ketika anggota menghampiri kenderaan tersebut, suspek bertindak melarikan diri dengan memandu secara agresif dan berbahaya sejauh dua kilometer sebelum berhenti di Jalan Ayer Embun.
"Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan manakala rakannya melarikan diri dan kejadian itu menyebabkan kerosakan beberapa kenderaan dan gerai di sekitar kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Habibi berkata semakan mendapati kenderaan SUV itu dilaporkan hilang serta menggunakan nombor pendaftaran palsu dan polis turut menemui beberapa barang disyaki hasil kegiatan jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menakutkan penjawat awam ketika menjalankan tugas, Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) serta Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (gagal mengemukakan pengenalan diri semasa pemeriksaan dilakukan).
Pemilik gerai dan kenderaan dilanggar SUV suspek serta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kanan, ASP Chew Lai Chang di talian 012-2749097 atau pengawai penyiasat, Insp Abdul Hakeem Abdullah (012-9225687 ) bagi membantu siasatan serta boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Kuala Lumpur (03-2146 0584/0585) atau mana-mana balai polis berdekatan.
Terdahulu, tular di media sosial hari ini sebuah video berdurasi sembilan saat memaparkan kenderaan SUV itu merempuh sebuah gerai sebelum melarikan diri dengan memandu secara berbahaya dipercayai di sekitar Taman Tasik Titiwangsa di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 13 2022
Suspek dikenal pasti mempunyai lapan rekod jenayah lampau. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Lima pemandu Lamborghini dibebaskan dengan jaminan polis
Lima pemandu kereta mewah yang dikesan menandu secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis tahan penjenayah pandu secara berbahaya, rempuh gerai di Titiwangsa
Seorang lelaki yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau ditahan selepas cuba melarikan diri dengan memandu secara berbahaya di Jalan Ayer Embun, Titiwangsa di sini, tengah malam tadi.