KUALA LUMPUR:Polis menahan seorang lelaki disyaki anggota sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’ kerana mengugut seorang peminjam dalam satu serbuan di Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima laporan bahawa suspek mengugut peminjam agar melunaskan hutang melalui pesanan Whatsapp pada 14 Dis lepas.
“Laporan dibuat mangsa berumur 46 tahun yang mengakui membuat pinjaman wang sejumlah RM12,000 daripada seorang lelaki berumur 57 tahun bermula Ogos lepas.
“Mangsa bagaimanapun tidak mengingati jumlah yang pernah dibayar kepada lelaki tersebut. Mangsa turut diganggu menerusi pesanan Whatsapp daripada suspek yang meminta agar membayar RM5,000 selain mengancam keselamatan mangsa dan keluarga,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Nik Ezanee, siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan kes jenayah serta dadah yang telah selesai dihadapkan ke mahkamah.
Beliau berkata suspek direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1952 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Menurut Nik Ezanee, siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan kes jenayah serta dadah. - Gambar fail
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Polis minta orang ramai bantu kesan remaja perempuan hilang di Petaling Jaya
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu kira-kira jam 7.30 pagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Dua lelaki pandu lawan arus ditahan, temukan dadah dan senjata dalam kereta
Dalam kejadian semalam, anggota MPV IPD Petaling Jaya mengejar Proton Satria yang melanggar kereta MPV polis dan motosikal orang awam.

Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.

Bekas jururawat hilang, kali terakhir dilihat pertengahan Februari
Seorang bekas jururawat dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat pada 16 Februari lalu.

Selisih faham dengan bapa disyaki punca remaja hilangkan diri
Pada 28 Mei, adiknya dapat berkomunikasi dengannya melalui WhatsApp, namun apabila bapanya cuba menghubunginya semula gagal dan tidak berjawab.

Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'
Kira-kira 50 petugas media 'berkampung' di sekitar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak awal pagi, menantikan perkembangan kes Zayn Rayyan.

Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.

Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Polis cari pemandu Ford Ranger parkir kereta tepi jalan halang laluan
Pemandu terbabit didapati dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan walaupun seorang pengguna jalan raya membunyikan hon.