KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
"Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang," katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata polis akan membuat permohonan reman esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - Gambar fail/BERNAMA
JDT ikat bekas bintang Real Madrid
Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez telah menandatangani kontrak bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), menurut rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Taman Sri Muda diserbu, 602 pendatang asing ditahan
Sebanyak 602 pendatang tanpa izin ditahan hasil pemeriksaan terhadap 1,091 warga asing dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam pada Sabtu.
Pegawai tentera ditahan cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
[TERKINI] Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan.
10 Berita Pilihan - (05 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISB di sempadan Bukit Kayu Hitam
Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.
Polis tahan lelaki mengamuk, bawa pisau pemotong daging
Polis hari ini menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membawa sebilah pisau pemotong daging di Dataran Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Polis tahan pasangan kekasih terlibat kes pecah rumah
Sepasang kekasih ditahan semalam kerana disyaki terlibat kes pecah rumah di Kampung Binjai Bongkok Rabu lepas.
Polis tahan lima pekerja kontraktor disyaki curi kabel projek LRT 3
Polis berjaya menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT 3 dengan penahanan lima lelaki di tiga tapak projek berkenaan, semalam.
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.
323 individu ditahan dalam Operasi HAWK di Pahang
Polis menahan 323 individu dan merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai lebih RM97,000 dalam Operasi HAWK selama empat hari yang berakhir semalam.
Polis tahan dua lelaki, rampas ganja bernilai lebih RM25,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Cyberjaya dan Dengkil, Selangor, semalam.
11 individu ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita pada Jumaat dan semalam kerana dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di sekitar Selangor.
Polis tahan keldai dadah warga Peru, seludup kokain dalam perut
Polis menahan seorang lelaki warga Peru dan merampas 95 kapsul berisi kokain yang disembunyikan di dalam perutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 17 Mei lepas.
Tiga ditahan disyaki larikan, pukul lelaki
Polis menahan tiga lelaki dipercayai melarikan dan mencederakan seorang mangsa lelaki berusia 30-an menggunakan senjata tumpul Jumaat lepas.