KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki termasuk dua warga China yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan jual beli dalam talian selepas menyerbu sebuah apartment di Taman Nirwana di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kelima-lima individu berusia 19 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang, dan polis turut merampas sebuah komputer riba serta beberapa telefon bimbit selain peralatan untuk sambungan jalur lebar internet dalam serbuan itu.
Beliau berkata modus operandi kumpulan itu ialah mereka akan berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi Tinder dan 'chatting' menerusi aplikasi Wechat terlebih dahulu, sebelum menawarkan barangan mewah kepada mangsa dengan harga yang lebih murah daripada harga di pasaran.
"Sebaik sahaja pembayaran diterima, barangan yang dijanjikan kepada mangsa tidak diserahkan kepada sepertimana dijanjikan. Kegiatan penipuan telh beroperasi kira-kira sebulan yang lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu, yang boleh membawa hukuman penjara, sebat dan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
![Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647262839_MohamadFaroukEshak.jpg)
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kelima-lima individu berusia 19 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709459520_RamliMohamedYoosuf.jpg)
JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan
JSJK mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.
![Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647262839_MohamadFaroukEshak.jpg)
Polis tahan lima lelaki termasuk dua warga China disyaki terlibat kes tipu dalam talian
Polis menahan lima lelaki termasuk dua warga China yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan jual beli dalam talian selepas menyerbu sebuah apartment di Taman Nirwana di sini petang semalam.