Lima lelaki tidak sempat membelanjakan wang tebusan RM300,000 yang diperoleh apabila diberkas polis tidak lama selepas membebaskan seorang pengurus syarikat yang diculik mereka di Rawang dekat sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata kesemua suspek warga tempatan berumur antara 22 dan 35 tahun, ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang sejak petang semalam sehingga malam tadi.
"Wang tebusan RM300,000 yang dibayar keluarga mangsa turut ditemui semula," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang juga pengurus syarikat pemborong runcit dan pengangkutan berusia 33 tahun, diheret masuk ke sebuah kereta di hadapan rumahnya di Bandar Country Homes, Rawang, ketika lelaki tersebut hendak ke tempat kerja.
Suspek kemudian menghubungi keluarga mangsa beberapa kali bagi menuntut mereka membayar wang tebusan berjumlah RM5 juta.
"Beberapa rundingan dilakukan keluarga mangsa dan suspek sehingga mereka akhirnya bersetuju dengan wang tebusan RM300,000.
"Keluarga mangsa seterusnya meninggalkan wang tebusan itu di sebuah kawasan di Rahman Putra, Sungai Buloh seperti dikehendaki suspek, kira-kira pukul 7 malam hari yang sama.
"Mangsa dibebaskan di kawasan Batu Arang, Rawang, kira-kira pukul 6.10 pagi semalam dan selepas mengesahkan mangsa selamat serta tidak mengalami kecederaan, polis melancarkan gerakan memburu suspek," katanya.
Menurut Abdul Samah, siasatan awal mendapati seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau bagi kes penculikan dan pernah disiasat berhubung kes pembunuhan, namun tidak ada sabitan, manakala empat suspek lain tidak mempunyai rekod kesalahan lalu.
Siasatan awal juga mendapati mangsa tidak mengenali kesemua suspek tetapi suspek dipercayai mengetahui identiti serta rutin harian mangsa sebelum menculik lelaki itu, katanya sambil menambah kes berkenaan disiasat mengikut Akta Culik 1961.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki dipercayai pemilik akaun Facebook yang memaparkan ugutan untuk menyembur cat aerosol kepada wanita Hindu yang 'berpakaian tidak sopan' ketika perayaan Thaipusam bulan depan.
Abdul Samah berkata, lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, kira-kira 9.20 malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah.
"Ketika tangkapan, polis turut merampas peralatan komputer milik lelaki terbabit yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Sekali lagi saya tegaskan polis memandang serius ugutan seperti ini," katanya.
Media sebelum ini melaporkan mengenai paparan ugutan tersebut dalam laman Facebook milik kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Thaipusam Spraying Group'.
Kumpulan terbabit turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan bahagian belakang wanita memakai pelbagai jenis sari dengan ugutan 'mereka akan disembur jika berpakaian tidak sesuai'.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2017
![Polis tahan lima lelaki culik pengurus syarikat, rampas wang tebusan Polis tahan lima lelaki culik pengurus syarikat, rampas wang tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479894604_WOMENHANDCUFF.jpg)
Lima lelaki tidak sempat membelanjakan wang tebusan RM300,000 yang diperoleh apabila diberkas polis. - Gambar hiasan
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Pandu kereta ke balai polis selepas ditikam Pandu kereta ke balai polis selepas ditikam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706546850_tikambunuh.jpg)
Pandu kereta ke balai polis selepas ditikam
Mangsa, berumur 47 tahun, dalam keadaan berlumuran darah ketika datang membuat laporan di Balai Polis Bandar Country Homes.
![Video belasah tular: Dua lagi suspek ditahan Video belasah tular: Dua lagi suspek ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41530337652_langgar.jpg)
Video belasah tular: Dua lagi suspek ditahan
Dua lagi suspek ditahan membabitkan kes video tular seorang lelaki dibelasah di Bandar Country Homes, awal pagi kelmarin.
![Video tular: Polis buru suspek berkumpulan langgar, pukul dan aibkan mangsa Video tular: Polis buru suspek berkumpulan langgar, pukul dan aibkan mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81530266808_gengster.jpg)
Video tular: Polis buru suspek berkumpulan langgar, pukul dan aibkan mangsa
Rakaman memaparkan aksi ganas seorang lelaki bertindak melanggar mangsa terbaring itu dengan motosikal sebelum menendang muka mangsa.
![Polis tahan lima lelaki culik pengurus syarikat, rampas wang tebusan Polis tahan lima lelaki culik pengurus syarikat, rampas wang tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479894604_WOMENHANDCUFF.jpg)
Polis tahan lima lelaki culik pengurus syarikat, rampas wang tebusan
Lima lelaki tidak sempat membelanjakan wang tebusan RM300,000 yang diperoleh apabila diberkas polis tidak lama selepas membebaskan seorang pengurus syarikat yang diculik mereka di Rawang.