KLANG: Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang dilaporkan mengamuk di atas sebuah lori kontena di Taman Meru Indah di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat tersebut daripada seorang lelaki pada jam 10.58 pagi.
"Anggota polis dengan bantuan pihak bomba berjaya menangkap lelaki itu sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada Sabtu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian lelaki berkenaan berada di atas sebuah lori kontena.
"Anggota bertugas meletakkan jentera bomba bersebelahan lori kontena tersebut bagi memudahkan pihak polis menahan lelaki berkenaan.
"Kira-kira 14 minit masa diambil bagi mengawal keadaan sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.29 pagi," katanya.
Pada video tular berdurasi 29 saat tersebut memaparkan pasukan penyelamat berusaha membawa turun mangsa tidak dikenal pasti identiti tersebut yang berada di atas jentera bomba.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Sat Mar 05 2022

Video tular berdurasi 29 saat tersebut memaparkan pasukan penyelamat berusaha membawa turun lelaki tidak dikenal pasti identiti tersebut. - Foto Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.

'Abang baby' mengamuk di restoran didenda RM300
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Korea Selatan: Warga emas maut ditikam lelaki kalah judi
Dua wanita warga emas maut selepas seorang lelaki yang kalah judi mengamuk dalam satu kejadian di kawasan kejiranan pekerja di barat daya Seoul awal minggu ini.

Lelaki kurang siuman mengamuk atas bumbung rumah
Dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, suspek bertindak menumbuk bahagian mata isteri selain memarahi anak-anaknya.

Dua polis cedera dilibas parang
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Lans Koperal cedera di tangan selepas terkena parang yang dilibas seorang suspek dipercayai penagih dadah.

Lelaki mengamuk di lebuh raya diperintah jalani pemeriksaan mental
Tertuduh yang didakwa dengan tiga pertuduhan mengaku bersalah terhadap kesemua tiga tuduhan itu.

Polis tahan pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda
Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan pada jam 4.20 petang ketika bersembunyi di hutan berdekatan lokasi kejadian.

Pekerja balak mengamuk bakar kereta peronda polis
Sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja musnah terbakar angkara tindakan seorang pekerja balak yang mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan,semalam.

Polis tahan lelaki mengamuk atas lori kontena
Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai tidak siuman yang dilaporkan mengamuk di atas sebuah lori kontena di Taman Meru Indah, Klang.