KOTA TINGGI: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian kehilangan besi perancah dan genset bernilai RM400,000, milik sebuah syarikat di Gudang Lot Lepau Plantar, Pengerang di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an di Pekan Jabi, Segamat, kira-kira 5 petang, semalam.
"Susulan itu, kita berjaya menemukan kesemua barangan hilang yang disembunyikan di kawasan hutan Jalan Sungai Pulai, Tanjung Kupang, Iskandar Puteri, sekali gus berjaya menyelesaikan kes terbabit dalam tempoh 31 jam.
"Kita turut menemukan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso yang dilaporkan hilang, bersabit laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, sejak Mac tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata suspek yang memiliki dua rekod jenayah lampau itu kini direman tiga hari sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023
![Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes kehilangan besi RM400,000 Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes kehilangan besi RM400,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an di Pekan Jabi, Segamat, kira-kira 5 petang, semalam.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes kehilangan besi RM400,000 Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes kehilangan besi RM400,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Polis tahan lelaki disyaki terlibat kes kehilangan besi RM400,000
Polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an di Pekan Jabi, Segamat, kira-kira 5 petang, semalam.
![Dua pekerja binaan cedera dihempap besi perancah Dua pekerja binaan cedera dihempap besi perancah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435380619_IRONSCAFFOLDING.jpg)
Dua pekerja binaan cedera dihempap besi perancah
Pekerja terbabit sedang meratakan simen lantai di tingkat satu apabila berlaku runtuhan besi perancah dan mangsa jatuh ke bawah.