SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian tembak mati seorang lelaki di Jalan Kampung Baru, di sini, Rabu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, lelaki berusia 40-an itu ditahan di Sungai Petani lewat petang semalam.
“Polis kini sedang menyiasat bagi mengenal pasti penglibatannya dalam kejadian tembak itu.
“Keterangan daripada isteri mangsa, rakan dan beberapa orang saksi lain telah direkodkan dan polis akan menyiasat dari pelbagai sudut bagi mengetahui motif kejadian berlaku,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suresh memaklumkan setakat hari ini tiada tangkapan terbaru dibuat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga telah dikumpulkan bagi mengesan wajah suspek.
Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika ingin masuk ke dalam kereta selepas membungkus makanan dari sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
BACA: Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran
Dalam kejadian itu mangsa maut di tempat kejadian selepas terkena lapan das tembakan mengenai muka dan badan.
Mangsa berusia 36 tahun beralamat di Bidong, dipercayai individu dikehendaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan juga pengedaran dadah.
Adie Sufian Zulkefli
Fri May 27 2022

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika ingin masuk ke dalam kereta selepas membungkus makanan dari sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani. - Foto ihsan polis

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Polis tahan lelaki bantu siasatan kes tembak mati depan restoran
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kejadian tembak mati seorang lelaki di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Rabu lalu.

Pengawal mati ditembak kerana pertahan polisi pemakaian topeng muka
Mangsa Calvin Munerlyn, 43, ditembak di belakang kepala oleh anak suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Kes tembak mati di Parit Buntar kes terpencil - Polis
Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan anggap ini kes terpencil dan menjaminkan keselamatan penduduk tempatan.

Kes tembak mati sering berkait dengan motif dendam
Peningkatan ketara serangan bersenjata api terutamanya melibatkan kes tembak mati sering dikaitkan dengan motif dendam dan ternyata mencetuskan kembimbangan terhadap tahap kewarasan.