TUMPAT: Polis menahan dua lelaki bersama 9,000 biji pil yaba bernilai RM90,000 dalam dua kes berasingan di Wakaf Bharu dan Pasir Pekan, di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supt Mohd Azmir Damiri berkata serbuan pertama dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dibantu anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada pukul 4.30 petang di Wakaf Bharu.
"Semasa serbuan, anggota pasukan menahan seorang lelaki berumur 26 tahun yang berada di atas motosikal bersama satu bungkusan kertas kekuningan di tangan kiri.
"Pemeriksaan dilakukan telah menjumpai lima peket plastik warna biru mengandungi 1,000 biji pil disyaki dadah jenis yaba bernilai RM10,000," katanya pada sidang media di IPD Tumpat, di sini hari ini.
Mohd Azmir berkata hasil semakan ke atas suspek yang juga penganggur itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif.
"Kita turut menyita wang tunai berjumlah RM800 dan sebuah motosikal yang digunakan suspek," katanya.
Mohd Azmir berkata anggota pasukan kemudian telah melakukan serbuan kedua pada pukul 9.30 malam hari yang sama di Taman Sri Kota, Kampung Pasir Pekan.
"Anggota polis telah menahan seorang lagi lelaki berumur 28 tahun berada di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan. Hasil pemeriksaan lanjut menemukan satu beg warna biru di dalam raga motosikal mengandungi 8,000 biji pil dipercayai dadah jenis yaba bernilai RM80,000.
"Hasil semakan rekod lampau suspek yang juga penganggur itu mempunyai empat rekod dan negatif dadah," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 13 Feb ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kita masih menyiasat bekalan yang diperoleh suspek dan rangkaian kedua-dua suspek," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Hasil pemeriksaan lanjut menemukan satu beg warna biru di dalam raga motosikal mengandungi 8,000 biji pil dipercayai dadah jenis yaba bernilai RM80,000. - Bernama
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Kanak-kanak lelaki 2 tahun 7 bulan maut diserang anjing liar di Semporna
Polis membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan bedah siasat ke atas mangsa dijalankan hari ini.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine masih hidup - KPN
Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan.
Remaja autistik ditemukan lemas di jeti Marina Bay
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan terapung sekitar 7.30 pagi.
Lelaki mati dibunuh, isteri antara empat ditahan bantu siasatan
Polis terima laporan daripada isteri mangsa pada hari kejadian dengan mendakwa suaminya meninggal dunia akibat dipercayai dibunuh.
Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang
Mangsa dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara Sungai Balok.
Bau busuk rumah jiran terungkai, mayat lelaki ditemukan
Misteri bau busuk dihidu jiran terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 53 tahun di sebuah rumah di Taman Selasih, Tanah Merah, malam tadi.
79 senjata tajam dirampas di rumah Tabib Adam
Polis turut menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai anak kandung kepada pengasas perubatan itu.
Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.