KUANTAN: Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket menggodam kad bank individu di negara Timur Tengah dengan penahanan dua lelaki di sebuah rumah di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki tempatan berumur 23 tahun yang berasal dari Selangor dan rakannya seorang lelaki warganegara China berusia 24 tahun ditahan sekitar 4 pagi oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai telah menjalankan kegiatan itu sejak pertengahan tahun ini dengan anggaran keuntungan sebanyak RM20,000 hingga RM30,000 sehari yang menyasarkan mangsa di negara antaranya Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan Turkiye.
Menurut Yahaya suspek menggunakan laman sesawang palsu untuk mempromosikan barangan bagi menarik minat mangsa untuk membeli dan mendaftarkan butiran kad kredit atau debit mereka.
"Setelah sindiket berjaya menggodam akaun kad bank mangsa, mereka akan menggunakan aplikasi Wallet di telefon bimbit dan memasukkan butiran kad bank pemilik.
"Suspek kemudian akan menggunakan terminal pembayaran mudah alih dan memasukkan butiran jumlah wang sebelum mengimbas aplikasi Wallet di terminal pembayaran itu bagi tujuan untuk mendapatkan wang," katanya pada sidang media di IPD Kuantan di sini hari ini.
Yahaya berkata anggaran kerugian melibatkan mangsa di negara terbabit masih dalam siasatan memandangkan transaksi melibatkan bank di luar negara dan Malaysia, selain polis masih mengesan individu lain yang terlibat dengan sindiket berkenaan.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas 94 telefon bimbit jenama iPhone pelbagai model, tiga komputer, kabel mengecas telefon dan 14 terminal pembayaran mudah alih.
Beliau berkata tempoh reman kedua-dua lelaki yang berakhir hari ini akan disambung bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120 (B) (2) Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Lelaki tempatan berumur 23 tahun yang berasal dari Selangor dan rakannya seorang lelaki warganegara China berusia 24 tahun ditahan sekitar 4 pagi Jumaat lepas. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.

Lima individu ditahan disyaki godam, jual data peribadi rakyat Malaysia
Sindiket itu dikesan menggodam dan mencuri maklumat peribadi hasil pencerobohan terhadap sistem-sistem digunakan syarikat dan agensi berkaitan.

Toyota USA digodam, 240GB data pekerja dan pelanggan syarikat dicuri
Kumpulan penggodam ZeroSevenGroup mengaku bertanggungjawab ke atas serangan godaman tersebut.

Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).

Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.

Cloud KBS digodam, Hannah sahkan tiada ketirisan data
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui aplikasi Cloud agensi berkenaan telah digodam Sabtu lepas (16 Mac) namun mengesahkan tiada sebarang kebocoran data peribadi susulan ancaman tersebut.

Rafizi nafi sistem PADU digodam
R00TK1T mendakwa telah mencuri data LPPKN, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

R00TK1T dakwa berjaya curi 27TB data LPPKN
R00TK1T memberikan tempoh 12 jam kepada pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan mengenai kerentanan data yang berlaku.

Polis tahan dua lelaki, patahkan sindiket godam kad bank
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket menggodam kad bank individu di negara Timur Tengah dengan penahanan dua lelaki di Kuantan.

FB digodam: SPA Perak ambil tindakan, FB bukan lagi medium rasmi
SPA Perak menjelaskan tindakan sewajarnya telah diambil bagi memastikan gangguan yang berlaku tidak berlarutan.