KUALA LUMPUR: Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan dan sektor kerajaan pada 2023, kata penyedia penyelesaian keselamatan siber komprehensif terbesar di Asia, Ensign InfoSecurity (Ensign).
Dalam Laporan Landskap Ancaman Siber Ensign, ia berkata tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Ia diikuti oleh sektor perkhidmatan profesional (9.1 peratus) dan runcit (7.4 peratus).
Ensign berkata daripada semua insiden siber yang diperhatikan, lebih 58 peratus didorong oleh peras ugut yang merupakan hasil utama yang dilakukan oleh pelaku serangan siber.
"Penggodaman (hacktivism) telah diketengahkan sebagai ancaman utama kepada organisasi, kesan daripada konflik geopolitik di wilayah lain," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut laporan itu, Malaysia telah menjadi destinasi menarik bagi syarikat multinasional yang ingin memindahkan perniagaan pembuatan berteknologi tinggi mereka.
"Bagaimanapun, syarikat dalam sektor ini merupakan antara sasaran untuk penjenayah siber...mungkin atas tiga sebab iaitu pemilikan data berharga daripada kontrak, butiran pembekal, rahsia dagangan, reka bentuk industri dan maklumat peribadi.
"Kedua ialah pengendalian jentera yang beroperasi secara berterusan di mana gangguan boleh menjejaskan keselamatan atau operasi perniagaan dan ketiga ialah tahap keselamatan siber yang lemah berbanding industri lain yang dikawal selia dengan lebih ketat," katanya.
Ia berkata sektor kerajaan menyimpan banyak data berharga termasuk maklumat mengenai keselamatan negara, rakyat dan perkhidmatan awam, menjadikannya sasaran yang lumayan untuk ancaman siber.
"Dengan minat yang semakin meningkat dan pecahan dalam geopolitik, agensi kerajaan akan terus menghadapi sasaran untuk pengaruh politik," katanya.
Pengurus Besar Ensign InfoSecurity Malaysia, Chee Yee Cheng berkata peningkatan ketara dalam serangan yang disasarkan terhadap sektor penting seperti pembuatan dan kerajaan memberi petunjuk mengenai keperluan untuk pendekatan lebih komprehensif dan diselaraskan terhadap keselamatan siber dalam bidang berkenaan.
"Melalui Laporan Landskap Ancaman Siber Ensign, kami berharap dapat membantu mewujudkan piawaian dan amalan tahap keselamatan siber yang lebih ketat, memastikan sektor-sektor ini bersedia secukupnya untuk mempertahankan dan menghalang serangan oleh penjenayah siber," kata Chee.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Ensign berkata daripada semua insiden siber yang diperhatikan, lebih 58 peratus didorong oleh peras ugut yang merupakan hasil utama yang dilakukan oleh pelaku serangan siber. - Gambar hiasan/REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Muafakat antara Indonesia dan Malaysia perlu melangkaui kerjasama ekonomi
Indonesia dan Malaysia juga perlu memperkukuh keselamatan siber yang dipertingkatkan, usaha memerangi keganasan dan keselamatan maritim di rantau Indo-Pasifik.

Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.

Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.

Ketua Audit Negara gesa syarikat kerajaan guna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya
Syarikat-syarikat milik kerajaan digesa mengguna pakai sistem e-SelfAudit sepenuhnya sebagai pembaharuan dalam kaedah pengauditan bagi memantapkan tata kelola syarikat kerajaan.

Ancaman penipuan dalam talian, keselamatan siber tumpuan hari pertama perbahasan Titah Agong
Kerajaan dicadang tubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani isu penipuan kewangan dalam talian termasuk pelaburan dan penawaran peluang pekerjaan.

Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Malaysia catat 27.9 juta ancaman dalam talian pada 2024 - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.