Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk sempena Op Selamat 16/2020 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang dijalankan di dua lokasi berasingan di sekitar daerah Kota Setar, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Supt Chuah Seong Lim berkata dalam operasi yang dijalankan di susur masuk Plaza Tol Alor Setar Selatan, semalam pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Unser.
"Lelaki berkenaan ditahan pada pukul 12.01 tengah malam selepas gagal ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat Screening Device II yang dibuat di lokasi. Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan pemeriksaan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer mendapati bacaan ujian EBA adalah 83mg/100ml.
BACA: Hukuman lebih berat untuk pemandu bawah pengaruh alkohol, dadah
"Pada awal pagi tadi pula, kita telah menahan seorang lelaki berusia 61 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Alza di kawasan Lebuhraya Darul Aman kerana memandu dalam keadaan mabuk dengan bacaan ujian EBA sebanyak 194mg/100ml," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya kedua-dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Chuah berkata polis turut menahan lima remaja berusia antara 15 hingga 20 tahun dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Yan dan Kuala Muda, semalam kerana melakukan aksi 'willy' ketika menunggang motosikal.
"Dalam operasi yang dijalankan di Yan dan Kuala Muda itu, sebanyak 25 saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, gagal menunjukkan lesen, tiada insurans, tidak memakai topi keledar, pemandu bawah umur dan beberapa kesalahan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Mohd Mahiri dilantik Ketua Trafik Kedah baharu
Superintendan Mohd Mahiri Hussain dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Lelaki maut kemalangan depan IPK Kedah
Kejadian jam 11.30 pagi itu turut melibatkan sebuah kereta dipandu seorang pegawai awam di IPK Kedah.
Sindiket judi kaut keuntungan hampir RM1 juta tumpas
Polis Kedah menahan empat individu kerana disyaki terbabit menjalankan kegiatan perjudian atas talian dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah Kuala Muda, pada Sabtu.
3 anggota polis antara 6 ditahan larikan peti besi mengandungi RM400,000
Ketiga-ketiga mereka yang berpangkat sarjan dan dua koperal itu ditahan di beberapa lokasi berasingan di daerah Kota Setar dalam serbuan pada Rabu dan Jumaat.
Samun: Geng Farid Kancil Silver tumpas
Empat suspek mengaku melakukan kegiatan ragut dan samun manakala seorang lagi hanya mendakwa bahawa rumahnya dijadikan 'port' menghisap dadah.
Polis tahan dua lelaki memandu dalam keadaan mabuk
Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di dua lokasi berasingan di sekitar daerah Kota Setar.
Enam kematian di Kedah dalam tempoh dua hari Ops Selamat
Sebanyak lima kes kemalangan maut membabitkan enam kematian direkodkan di Kedah selepas dua hari pelaksanaan Ops Selamat ke-16 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang bermula semalam hingga 1 Feb depan.
Rompakan di kedai emas, lima dulang barang kemas dilarikan
Satu kejadian rompak telah berlaku di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar pada Isnin.
Mayat lelaki berlumuran darah ditemui di tepi jalan
Pekerja ladang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang berlumuran darah.