Seramai 88 orang termasuk enam dipercayai pengedar dadah ditahan dalam Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, bermula 13 Julai hingga Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah SPT ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam operasi itu polis turut menahan dua wanita dan merampas pelbagai dadah termasuk 15 liter air ketum.
"Polis melancarkan operasi mencegah jenayah termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam aktiviti dadah di sekitar SPT dan kita juga menggempur beberapa lokasi yang menjadi tumpuan penagih dadah.
"Antara lokasi yang digempur ialah Bukit Mertajam, Seberang Jaya, Penanti, Alma, Permatang Pauh, Bukit Tengah dan Juru," katanya di sini, hari ini.
Katanya enam lelaki yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah di sekitar SPT ditahan secara berasingan dan polis turut merampas sejumlah dadah bersama mereka.
Rusli berkata daripada jumlah itu lima lelaki ditahan kerana memiliki serta dipercayai menjual air ketum.
"Seramai 73 orang termasuk dua wanita daripada keseluruhan yang ditahan itu adalah penagih dadah dan mereka turut positif bahan terlarang berkenaan," katanya.
Katanya empat lagi lelaki ditahan kerana memang dikehendaki polis berhubung aktiviti pengedaran dadah.
Polis merampas pelbagai dadah antaranya heroin sebanyak 32.63 gram (g), syabu (5.29g) serta ganja 4.33g dan kesemuanya bernilai RM1,630, katanya.
"Semua yang ditahan berusia 16 hingga 58 tahun dan seorang daripadanya adalah pelajar sekolah tingkatan empat manakala selebihnya terdiri daripada lima pekerja swasta, buruh (28 orang), bekerja sendiri (34 orang) dan penganggur 20 orang," katanya.
Bernama
Sat Jul 23 2016
![Polis tahan 88 orang terlibat kes dadah di Seberang Perai tengah Polis tahan 88 orang terlibat kes dadah di Seberang Perai tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461482303_RusliMohdNoorPDR.jpg)
Dalam operasi itu polis turut menahan dua wanita dan merampas pelbagai dadah termasuk 15 liter air ketum.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Polis tahan 88 orang terlibat kes dadah di Seberang Perai tengah Polis tahan 88 orang terlibat kes dadah di Seberang Perai tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461482303_RusliMohdNoorPDR.jpg)
Polis tahan 88 orang terlibat kes dadah di Seberang Perai tengah
Dalam operasi itu polis turut menahan dua wanita dan merampas pelbagai dadah termasuk 15 liter air ketum.