KUALA LUMPUR: Polis menahan 40 individu dan berjaya menumpaskan sindiket pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian lebih RM50 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 dan 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara pada 29 hingga 31 Okt lepas.
Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 38 merupakan pemilik perniagaan, pengarah syarikat dan setiausaha syarikat manakala masing-masing seorang pegawai bank dan ejen pencari keldai akaun.
"Operasi ini dijalankan selepas polis menerima 76 laporan daripada mangsa skim pelaburan berkenaan yang membabitkan kerugian berjumlah RM50,620,880.29.
"Mangsa yang berusia antara 22 hingga 81 tahun itu kebanyakannya terdiri daripada golongan pesara dan ahli perniagaan," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Ramli berkata modus operandi sindiket berkenaan adalah menawarkan pelaburan mata wang kripto dengan keuntungan tinggi dalam masa singkat.
"Pelabur diberikan akses untuk memantau aktiviti urus niaga mata wang kripto berkenaan dalam akaun yang didaftar di bawah nama pelabur, namun wang berkenaan tidak boleh dibawa keluar," katanya.
Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya turut mengesan trend baharu sindiket penipuan itu yang menggunakan syarikat dan perniagaan yang didaftarkan bertujuan untuk dijadikan keldai akaun.
"Setakat ini, kami mengesan sejumlah 63 akaun bank yang digunakan oleh sindiket ini melibatkan 51 syarikat. Kami percaya syarikat dan perniagaan ini didaftarkan semata-mata untuk pengoperasian skim penipuan ini," katanya.
Menurut Ramli, sindiket itu akan mendekati individu yang mempunyai masalah kewangan atau individu gelandangan untuk menggunakan nama mereka bagi menubuhkan syarikat dan kemudian membuka akaun syarikat.
"Mereka ini akan diberikan ganjaran secara sekali gus atau secara bulanan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Ramli berkata tangkapan membabitkan 31 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 20 dan 55 tahun itu dibuat dalam operasi di seluruh negara pada 29 hingga 31 Okt lepas. - Gambar/ Bernama
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
Kekejaman zionis: UK cari keseimbangan dalam perang di Gaza
Britain mahukan kedudukan seimbang dalam perang di Asia Barat dan akan menggunakan usaha diplomatik untuk memastikan gencatan senjata dicapai dan tebusan yang dipegang oleh Pejuang Hamas dibebaskan.
Kekejaman zionis: Hamas terima cadangan A.S runding tebusan - Laporan
Hamas telah menerima cadangan Amerika Syarikat untuk memulakan perbincangan mengenai pembebasan tebusan Israel, 16 hari selepas fasa pertama perjanjian yang bertujuan menamatkan perang Gaza.
16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Serangan ke atas sekolah di Al-Nuseirat membunuh sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan lebih 50 orang.
Gajah jinak Pian, Rambai curi tumpuan pengunjung program MADANI Rakyat
Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Festival kontroversi larian lembu di Pamplona, Sepanyol sedang berlangsung
Larian lembu itu adalah sebahagian daripada Festival San Fermin selama 9 hari yang diadakan di bandar itu pada awal Julai setiap tahun.
MCMC, PDRM rakam percakapan Hishamuddin Rais bagi bantu siasatan
MCMC dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Md Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields semalam.
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.
Sukan bina badan selari gaya hidup, disiplin PDRM - KPN
Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej PDRM pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
4,612 unit rumah kuarters PDRM siap ditambah baik - KPN
Sejumlah 4,612 unit rumah kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara siap ditambah baik setakat ini sejak peruntukan disalur tahun lepas, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak
Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak saman RM100 juta seorang guru tadika M. Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan.
Laporan terhadap Apandi Ali: Khairuddin beri keterangan kepada SPRM esok
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung laporannya berkaitan dakwaaan salah laku membabitkan Apandi Ali.
Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
PRK Sungai Bakap: PDRM lulus 7 permit ceramah hari ketiga kempen
Tiada permohonan permit kempen ceramah yang ditolak oleh polis.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.