Polis menahan 12 pelajar yang disyaki terbabit dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan tiga sehingga lebam pada bahagian muka dan badan di sebuah sekolah di daerah Pasir Mas, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua mereka yang ditahan itu berusia antara 15 hingga 17 tahun.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.30 petang dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas menggerakkan usaha mengesan kesemua suspek.
"Susulan itu, sembilan daripada mereka ditahan di sekolah terbabit pada 5.30 petang semalam selepas mangsa membuat laporan dan dua ditahan di rumah masing-masing, manakala seorang lagi hadir menyerah diri di balai polis.
"Melalui ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas kesemua pelajar terbabit mendapati semuanya adalah negatif," katanya.
Kejadian yang berlaku pada 6 petang, Ahad lalu dipercayai disebabkan berebut teman wanita sehingga menyebabkan mangsa yang berusia 15 tahun lebam di muka dan badan selepas dipukul.
Mangsa dipercayai dipukul di dalam kelas selepas aktiviti sukan di sekolahnya dan terdapat rakaman video itu yang juga tular di media sosial sebelum mangsa membuat laporan polis, semalam.
Mohamad Roy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh.
"Pihak kami akan menyiapkan kertas siasatan dengan kadar segera untuk diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Vivi Sumanti
Thu Feb 13 2020
Hanya kerana berebut teman wanita seorang pelajar dibelasah oleh rakan-rakannya. - Gambar hiasan
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Polis tahan 12 remaja disyaki pukul pelajar tingkatan tiga hingga lebam
Polis tahan 12 pelajar yang disyaki terbabit dalam kes memukul seorang pelajar tingkatan tiga sehingga lebam.