SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dikenal pasti sebagai mangsa rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mazda di Kilometer (KM) 2, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bapa mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan kereta dipandu mangsa adalah milik syarikat mereka.
"Identiti mangsa yang meninggal dunia akibat rentung dalam kejadian itu telah dikenal pasti, mangsa memandu kereta Mazda berwarna merah didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
"Bapa mangsa mengesahkan kereta berkenaan hanya dipandu oleh anaknya yang merupakan pengurus jualan syarikat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.
Pada Selasa, media melaporkan, seorang pemandu kereta rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan terbakar di KM 2, Lebuhraya GCE, di sini.
Laporan kejadian itu diterima pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.35 pagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 02 2022

Pada Selasa, seorang pemandu dilaporkan rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan terbakar di KM 2, Lebuhraya GCE, di Shah Alam. - Gambar fail/Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kantoi pandu Ferrari tak ada 'roadtax'
Khairul Khar berkata, kesalahan itu dikesan menerusi operasi harian yang dijalankan Stesen Penguatkuasa Elmina JPJ Selangor.

Polis sudah kenal pasti mangsa rentung di Lebuhraya Guthrie
Bapa mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan kereta dipandu mangsa adalah milik syarikat mereka.

Seorang rentung nahas di Lebuhraya Guthrie
Mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiga cedera van sekolah terbalik
Ketika kejadian, van tersebut membawa enam pelajar lelaki dan enam pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya.

Najib lawat pemain golf negara Shaaban Hussin di HKL
Shaaban, 36, yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie pada 31 Mac lepas.

Tiga remaja maut, dua parah motosikal berlanggar sesama sendiri
Tiga remaja maut manakala dua lagi rakan mereka cedera apabila motosikal mereka berlanggar sesama sendiri ketika berlumba di Shah Alam.