Polis telah merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, individu-individu yang dipanggil termasuk rakan, keluarga dan pekerja Morais.
Menurutnya, polis masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.
Di samping itu, katanya, polis masih lagi meneliti beberapa maklumat yang diterima serta sedang menunggu laporan Jabatan Kimia bagi pengesahan beberapa perkara, termasuk kesasihan pemilik kereta yang dijumpai terbakar di Perak, sebelum ini.
"Kereta yang terbakar itu kita belum dapat kesan lagi (pemiliknya). Suspek juga masih dalam siasatan. Perak yang siasat kes kebakaran (kereta) itu.
"Tetapi selalunya, Jabatan Kimia tidak lamalah kalau kita kira dalam seminggu dia akan pergilah selalunya lah. Tapi di Perak saya tak tahu ... secepat mungkin kita dalam penelitian lagi kerana ada beberapa perkara yang perlu kita selidik dan ini membabitkan lebih kurang 15 kenyataan," katanya di sini, hari ini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, pihaknya akan meneliti semua aspek, termasuk bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi mengesan Morais.
"Orang ramai yang lihat atau mempunyai maklumat-maklumat mengenai kejadian ini tampillah ke hadapan bantu siasatan kami. Sesiapa saja yang mengetahui dengan kejadian ini ataupun melihat apa-apa yang mungkin boleh membantu kami ya. Kami menyerulah supaya mereka tampil kehadapan untuk bantu siasatan kami," kata Hong Soon.
"Pasukan petugas khas sedang menyiasat perkara ini dan kes ini kita akan lihat dalam seluruh aspek... baik pihak imigresen, LLM, PLUS dan sebagainya membantu siasatan.
"Mana-mana yang boleh bantu kami memohon bantuan mereka. Kita mahu menyelesaikan kes ini secepat mungkin kalau boleh. Dan sebab itu kita menubuhkan pasukan petugas khas untuk siasat kes ini," katanya selepas perhimpunan bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Morais dilaporkan hilang sejak 4 September lalu, selepas meninggalkan kediamannya di Menara Duta, di sini untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara dengan memandu kereta rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata menafikan dakwaan laporan portal Sarawak Report yang mengaitkan kes pembunuhan itu dengan suatu transaksi akaun bank bersifat rasuah dan berkaitan dengan kes kematian pengasas AmBank, Hussain Najadi.
Astro Awani
Fri Sep 11 2015
![Polis soal siasat 15 individu berhubung kes culik Morais Polis soal siasat 15 individu berhubung kes culik Morais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441642891_KevinAnthonyMorais.jpg)
Polis masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan. - Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668590558_KEVIN.jpg)
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
![Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699340292_KEVIN.jpg)
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
![Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676630278_KEVIN.jpg)
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
![Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676630278_KEVIN.jpg)
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
![22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais 22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654256253_KevinAnthonyMorais.jpg)
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
![Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591869551_KevinMorais.jpg)
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
![Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71594372405_RichardDilaanMorai.jpg)
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
![Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441642891_KevinAnthonyMorais.jpg)
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
!['Jangan berhenti perangi rasuah' 'Jangan berhenti perangi rasuah'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581439650_MahathirMohamad.jpg)
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
![PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581438494_MahathirMohamad.jpg)
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.