KUANTAN: Polis menafikan kenyataan mengelirukan pemilik akaun instagram 'Vieshantiekhan' yang mendakwa tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Bentong, Pahang.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata susulan itu satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu yang tular di media sosial melibatkan wanita tempatan berusia 35 tahun itu.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawal Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang boleh dikompaun RM5,000, jika disabit kesalahan.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
"Sebarang aktiviti yang bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penyalahgunaan permit rentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial berhubung kenyataan Vieshantiekhan menerusi laman instagram yang memaparkan gambarnya sedang beriadah di Rimba Valley, Janda Baik dengan status: "Tidak perlu surat sebab di Plaza Tol Gombak masih lagi sempadan Selangor, yang nak lintas negeri tetap kena ada surat ya".
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Supt Zaiham Mohd Kahar berkata satu kertas siasatan telah dibuka berhubung isu yang tular di media sosial melibatkan wanita tempatan berusia 35 tahun itu. - Gambar hiasan
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
AWANI Borneo [17/09/2024] - Kurangkan kebergantungan import | Model kepimpinan Rasulullah | Promosi identiti budaya Melayu
Tumpuan Awani Borneo 17 September 2024 bersama Pia Ernadya;
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
1. Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak bagi kurangkan kebergantungan import
2. Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
3. Nuansa Seni tingkat martabat busana Melayu tradisional
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
Polis siasat pemilik IG rentas negeri ke Janda Baik
Polis menafikan kenyataan mengelirukan pemilik akaun Instagram 'Vieshantiekhan' yang mendakwa tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik, Bentong, Pahang.