Pihak polis sedang menyiasat secara mendalam kesahihan dakwaan bahawa seorang juragan bot pukat tunda warga Indonesia diculik sekumpulan empat lelaki bersenjata di perairan Kinabatangan pada Rabu lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya sedang mengambil keterangan daripada dua kru bot pukat tunda tersebut yang dibebaskan kumpulan berkenaan pada hari kejadian bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Dua kru tersebut membuat laporan polis semalam.
Beliau berkata tiga daripada empat individu berkenaan dikatakan bersenjatakan senjata M16, memakai pakaian celoreng sedikit lusuh serta menggunakan loghat bahasa Melayu bukan seperti percakapan rakyat tempatan.
Abdul Rashid berkata juragan berkenaan dikenali sebagai Herman Mangga, 30, berbangsa Bulukumba dan memiliki pasport Indonesia manakala dua kru tersebut dikenali sebagai Aryanto Basrun, 22, dan Muhamadin Ratin, 26, seorang warga tempatan.
"Dikatakan pada 3 Ogos, jam 4 petang, mereka dalam proses menunda pukat di kawasan laut. Dua kru ini berkata mereka berada dalam perairan Malaysia.
"Mereka berkata mereka dihampiri satu pump bot yang di dalamnya ada empat orang, tiga orang bersenjata M16, berpakaian celoreng sedikit lusuh dan seorang tidak bersenjata.
"Kemudian mereka menghampiri bot tunda itu dan membawa bot berkenaan ke satu pulau dekat perairan Filipina. Daripada situ, mereka bergerak lagi ke satu pulau lain.
"Daripada situ, mereka suruh (dua kru bot nelayan berkenaan) balik dan semua peralatan telekomunikasi termasuk telefon bimbit diambil mereka. Namun kru itu dibekalkan dengan GPS," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata dua kru tersebut kemudiannya menghubungi Pasukan Gerakan AM (PGA) Batalion Ke-15 dan telah menerima bantuan.
"Dikatakan penculik meminta RM10,000 dari majikan juragan itu. Pihak polis sedang menyiasat kes ini sama ada benar mereka diculik," katanya.
Beliau menambah pihak polis turut menyiasat lokasi sebenar kejadian.
Bernama
Sat Aug 06 2016
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata juragan berkenaan dikenali sebagai Herman Mangga, 30, berbangsa Bulukumba dan memiliki pasport Indonesia. - Gambar fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.