TASEK GELUGOR: Hanya kerana menegur pemandu kereta yang memotong kenderaan tanpa memberi ‘signal’ (isyarat), seorang penunggang motosikal diugut dan dilanggar individu tidak dikenali.
Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pokok Sena, Tasek Gelugor pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata susulan insiden berkenaan, mangsa tampil membuat laporan polis dan meminta polis menjalankan siasatan.
Berikutan itu, Mohd Asri berkata, polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian berdasarkan rakaman video memaparkan kes seorang lelaki diugut dan dilanggar individu tidak dikenali.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi ‘signal’ (isyarat).
"Suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran mangsa bertindak melanggar motosikal mangsa.
"Kejadian ini jelas menunjukkan satu kejadian jenayah yang akan disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Asri berkata, jika disabitkan kesalahan khianat membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Manakala bagi kesalahan ugutan jenayah memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mohd Asri berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian boleh berhubung Balai Polis terdekat atau menghubungu terus dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Lee Howe Chong di talian 016- 598 9576.
Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira melanggar motosikal yang ditunggangi mangsa.
Sebelum insiden, mangsa difahamkan menjerit ke arah suspek yang ketika itu memberhentikan keretanya ditepi jalan di sebuah gerai kuih berhampiran lokasi kejadian sebelum menyoal suspek yang memotong tanpa memberi ‘signal’.
Tidak berpuas hati dengan teguran berken suspek dilihat meluncurkan keretanya ke arah mangsa sebelum melanggar sebanyak dua kali motosikal ditunggangi mangsa, sebelum beredar meninggalkan lokasi kejadian.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Dec 08 2023
Tular rakaman video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira melanggar motosikal yang ditunggangi mangsa.
DPMM rangka strategi perkasakan usahawan Melayu melalui konsortium, digitalisasi
Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata langkah ini adalah strategi baharu DPMM bagi memperkasakan usahawan Melayu pada 2025.
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
Pelan struktur perparitan, saliran perkasa usaha pengurusan banjir di Kelantan
Kerajaan Kelantan akan memperkasakan usaha meningkatkan kecekapan pengurusan bencana melalui pelan struktur perparitan dan saliran di seluruh kawasan yang terlibat banjir.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Polis siasat kes tular lelaki diugut, dilanggar berhampiran stesen minyak
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi signal (isyarat).
UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.