Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan insiden tersebut.
"Kita ada terima laporan berkaitan kejadian itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada Isnin, Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan kereta api tu mengalami gangguan antara Stesen Masjid Jamek dan Bangsar disebabkan pencerobohan trek.
Bagaimanapun, setelah penceroboh itu tidak dapat dikesan, perkhidmatan tren dipulihkan. - Sinar Harian