KAJANG: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan mendera anjing dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Bandar Teknologi Kajang di sini pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, laporan pertama dibuat pada Jumaat oleh seorang wanita yang mendakwa ternampak perbuatan suspek melastik anjing liar di kawasan hadapan rumahnya.
"Wanita tersebut mendakwa suaminya kemudian ke rumah suspek untuk menegur dan menasihati supaya tidak melakukan perbuatan mendera atau khianat ke atas haiwan tersebut hingga berlaku pertengkaran mulut antara mereka.
"Wanita tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis dan menularkan video berkaitan pertelingkahan tersebut di Facebook," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, dalam kejadian kedua, laporan dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa berlaku kekecohan selepas dia memberi nasihat supaya tidak menganiaya atau mendera haiwan termasuk anjing.
"Keadaan menjadi tidak terkawal apabila berlaku kekecohan (jerit-menjerit dengan perkataan kesat) antara mereka.
"Kejadian disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 manakala kes kedua disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Ali Hamzah ditalian 019-8660324 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 19 2022

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

OKS dera anjing Husky gagal hadir, mahkamah keluar waran tangkap
Waran tangkap tersebut dikeluarkan susulan OKS itu gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kes hari ini dan hanya diwakilkan oleh peguamnya.

Video tular: Lelaki dera anjing direkod keterangan - Veterinar
DVS telah merekodkan keterangan seorang lelaki dipercayai mendera anjing baka Husky di sebuah kondominium di Kajang.

Tular: Pemain badminton remaja kebangsaan disyaki dera anjing?
Perbuatannya sempat dirakam saksi yang kemudian memuat naik video berkenaan dan merayu agar haiwan malang itu segera diselamatkan.

Polis siasat kes tular dera anjing
Video berdurasi 28 saat mempaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharannnya tular di Facebook pada Sabtu.

Warga emas didakwa dera anjing
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mendera seekor anjing dengan kejam bulan lalu.

Polis siasat dua kejadian dera anjing
Laporan pertama dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa ternampak perbuatan suspek melastik anjing liar di kawasan hadapan rumahnya.