Polis Sabah sedang menyiasat penulis sebuah blog yang mendakwa seorang timbalan menteri persekutuan mempunyai hubungan sulit dengan pegawai khasnya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata siasatan itu dijalankan susulan dua laporan polis yang diterima, masing-masing daripada Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis dan isteri kepada pegawai khasnya.
Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan ini selesai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.
Difahamkan, Isnaraissah Munirah yang juga Ahli Parlimen Kota Belud dan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), mengetahui tentang artikel itu menerusi pautan yang dihantar kepadanya oleh seorang kawan melalui aplikasi WhatsApp.
--BERNAMA
Bernama
Tue Sep 25 2018
Isnaraissah Munirah Majilis. --fotoBERNAMA / Fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Mesyuarat Khas Parlimen: Wujudkan giliran sistematik, ini bukan masa berpolitik
Mesyuarat yang julung kali diadakan dalam tempoh pandemik itu diharap dapat menjadi platform kebebasan buat semua wakil rakyat.
Pusat Kawalan Operasi Bencana nadi penyelarasan bantuan kepada orang kampung
Kakitangan pusat kawalan operasi yang berpangkalan di pejabat daerah Kota Belud itu terdiri daripada beberapa jabatan dan agensi kerajaan.
Polis siasat blog dakwa timbalan menteri ada hubungan sulit
Siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis dan isteri kepada pegawai khasnya.