Polis hari ini telah melakukan satu serbuan di ibu pejabat Bersih yang terletak di Petaling Jaya sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.

Situasi ini dikongsi oleh Sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal menerusi satu perkongsian di Twitter.

“Bukit Aman di pejabat kami untuk merampas barang kami.

“Rampasan ini dilakukan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan,” katanya di Twitter.


Setakat jam 4 petang, usaha Astro AWANI untuk menghubungi Mandeep untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak berjaya.

Usaha untuk menghubungi Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin juga gagal buat masa ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL