Polis telah menahan 10 pemilik akaun Facebook atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan media sosial setakat ini tahun ini di Sarawak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dev Kumar berkata kebanyakan kesalahan yang dilakukan ialah memuat naik berita palsu dan kenyataan berunsur fitnah.
"Sekalipun telah diberi amaran berulang kali oleh polis, sesetengah netizen terus melanggar undang-undang dengan memuat naik berita tentang jenayah yang tidak pernah berlaku di media sosial," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, berita palsu berkecenderungan tersebar lebih cepat, sekali gus mewujudkan perasaan takut dan bimbang dalam kalangan masyarakat.
"Apabila laporan polis dibuat terhadap satu-satu akaun Facebook, pemiliknya hanya menunggu masa sebelum dikesan dan ditahan polis," katanya.
Kenyataan Dev Kumar itu sebagai respons kepada tangkapan terkini membabitkan mekanik kereta berusia 23 tahun di sini selepas dia memuat naik berita palsu kes rogol dan bunuh semalam.
Berita palsu itu mendakwa seorang wanita telah dirogol, dibunuh dan mayatnya dibuang berhampiran sebuah restoran makanan segera di bandar raya Miri.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat pagi semalam dan suspek ditahan 11.30 malam tadi.
Mengulas tangkapan terkini itu, Dev Kumar berkata suspek disiasat menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 500 KK memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
Berita palsu berkecenderungan tersebar lebih cepat, sekali gus mewujudkan perasaan takut dan bimbang dalam kalangan masyarakat. - Gambar hiasan
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis Sarawak tahan 10 pemilik akaun Facebook kerana catatan palsu tahun ini
Polis telah menahan 10 pemilik akaun Facebook atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan media sosial setakat ini tahun ini di Sarawak.