PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan kepada Astro AWANI.
Menurutnya, hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan Zayn Rayyan.
"Kita klasifikasikan kes bunuh. Kita percaya wujud unsur jenayah," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Susulan itu, Hussein berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hussein menambah, setakat ini belum ada mana-mana individu dipanggil bagi membantu siasatan.
BACA: Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki autisme hilang di Petaling Jaya
BACA: Kanak-kanak autisme hilang, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia
BACA: 'Tergerak hati cari Zayn Rayyan di hujung anak sungai' - Saksi
Rabu malam, Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn Rayyan dilaporkan hilang ketika bermain di taman permainan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Selasa.
Ibunya, Ismanira Abdul Manaf dilaporkan berkata, ada kanak-kanak lain di kawasan itu mendakwa ternampak anaknya masuk ke kawasan belukar yang terletak kira-kira 100 meter dari blok kediamannya.
Terdahulu, polis tidak menolak kemungkinan faktor hujan lebat dan air naik di kawasan anak sungai dan longkang berhampiran tempat kejadian menyebabkan mangsa dipercayai tidak dapat ditemui sebelum ini.
BACA: Tiga kali pencarian di lokasi sama, Zayn Rayyan akhirnya ditemui
BACA: Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat
BACA: Kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
BACA: Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan
Sebelum kejadian, Ismanira yang bekerja sebagai kerani mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Kanak-kanak itu kemudian disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen berkenaan.
*Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Assim Hassan
Thu Dec 07 2023
![Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701941322_TBzaynrayyan.jpg)
Siasatan berkaitan kes kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188384_tbCPOSelangorDatu.jpg)
Penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan disiasat Bukit Aman
Siasatan berkaitan penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat didakwa adalah Zayn Rayyan dijalankan USJT Bukit Aman.
![Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Polis siasat penyebaran gambar kecederaan didakwa Zayn Rayyan
Polis menyiasat penyebaran gambar memaparkan keadaan kecederaan pada mayat yang didakwa adalah Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719198604_tbhusseinomarkhan.jpg)
Kes Zayn Rayyan: 'Tunggu hari perbicaraan' - Ketua Polis Selangor
Ketua Polis Selangor gesa semua pihak menanti hari perbicaraan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
![Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718442749_TBNANCYjpg.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan ada ciri kanak-kanak autistik, perlu penjagaan khusus - Nancy
Mempunyai perwatakan autistik antara faktor adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin diberi perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
![Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718425499_AhmadZaharilMuhaiy.jpg)
Pengakuan di hadapan majistret prosedur ‘pelik’ - Peguam
Permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di hadapan majistret disifatkan sebagai prosedur pelik'.
![Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718429147_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Polis terima dua laporan berkait kebocoran kertas siasatan Zayn Rayyan
Polis menerima dua laporan berhubung kebocoran kertas siasatan didakwa berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat.
![Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718358592_FahmiAbdMoin.jpg)
Edisi Siasat: Keluarga Zayn Rayyan buat laporan polis, kandungan tular fitnah - Peguam
Keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin membuat laporan polis berhubung kandungan siasatan yang tular di Telegram Edisi, kononnya pembunuhan itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak autisme itu.
![Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718362085_SaifuddinNasution.jpg)
Kes Zayn Rayyan: Maklumat bocor ganggu siasatan polis - Saifuddin
Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan butiran yang didakwa siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu, boleh mengubah tanggapan umum dan menganggu siasatan polis.
![JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
JKM mohon perintah jagaan sementara adik Zayn Rayyan hari ini - Pengarah JKM Selangor
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan perintah jagaan sementara adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718349610_FahmiFadzil.jpg)
SKMM, PDRM siasat penyebaran kertas siasatan kes Zayn Rayyan di Telegram
SKMM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat penyebaran kertas siasatan kes kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin di aplikasi Telegram.