SEPANG: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Taman Salak Maju di sini, yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata laporan kehilangan Salsabila Putri Mad Nasir, 13, dibuat oleh abang remaja itu Mohammad Fitra Mad Nasir, di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira pukul 10 pagi semalam.
"Menurut laporan yang dibuat abangnya, kehilangan Salsabila Putri disedari pada pukul 2.30 pagi semalam (25 Dis).
"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan homestay itu mendapati, Salsabila Putri telah keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut.
"Pengadu juga telah menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tidak dapat," katanya.
Sementara itu, Mohammad Fitra ketika dihubungi berkata sebelum kejadian, adik bongsu dari enam beradik itu tidak merajuk atau bergaduh, dengan mana-mana ahli keluarga.
"Kami sekeluarga baru sampai dari Pulau Pinang dan kami datang ke sini untuk bercuti.
"Adik saya berketinggian 165 sentimeter dengan anggaran berat 50 kilogram," katanya, menambah semasa keluar dari homestay itu, Salsabila Putri berpakai serba hitam, berpelitup muka warna kelabu dan kasut bewarna kelabu.
Mohammad Fitra berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adiknya untuk menghubungi beliau di talian 017-4807301 atau 011-11232617.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
![Polis sahkan remaja perempuan hilang di Sepang Polis sahkan remaja perempuan hilang di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672061232_PolisLogoPolisP.jpg)
Salsabila Putri dipercayai keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut. - Gambar hiasan
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Tiada bau busuk, penjaga kebun tidak sangka ada rangka manusia Tiada bau busuk, penjaga kebun tidak sangka ada rangka manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719315150_HafizFauzanAbdHal.jpg)
Tiada bau busuk, penjaga kebun tidak sangka ada rangka manusia
Penjaga dan juga pekerja kebun durian di lokasi penemuan rangka dipercayai milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, tidak menyangka terdapatnya rangka di situ.
![Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/61485530288_BrogaGeneric.jpg)
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
![Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716014409_lemas.jpg)
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
![Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715893775_SafieaDania.jpg)
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
![Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715679999_Tigaremajajpg.jpg)
Tiga remaja tidak pulang rumah selepas keluar ke kelas silat
Tiga remaja dikenali sebagai Valensia Mail, 15; Roxanne Abbygail Richard, 13, dan Christivy Holyen Hamdy, 13, dilaporkan keluar dari rumah mereka di Kampung Kaingaran pada jam 7.30 pagi.
![Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712665826_ANISZULAIKHAABDUL.jpg)
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
![Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 5 Mac di Kulai Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 5 Mac di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710648146_tbNurulAinaNajwaA.jpg)
Polis mohon kesan remaja perempuan hilang sejak 5 Mac di Kulai
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Teo Feng Shun 018-3774339.
![Remaja hilang: Siti Dhia keluar rumah kerana selisih faham - Ibu Remaja hilang: Siti Dhia keluar rumah kerana selisih faham - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710495492_SitiDhiaBatrisyia.jpg)
Remaja hilang: Siti Dhia keluar rumah kerana selisih faham - Ibu
Menurutnya perselisihan faham itu berlaku apabila dia menegur Dhia kerana tidak hadir ke sekolah pada pagi hari yang sama.
![Remaja lelaki hilang di Sungai Ketil Remaja lelaki hilang di Sungai Ketil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709087768_TBREMAJALEMASjp.jpg)
Remaja lelaki hilang di Sungai Ketil
Mangsa dikhuatiri lemas dan hanya motosikal mangsa ada di tebing sungai.