KUALA LUMPUR: Polis telah merekod keterangan enam individu pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung perarakan sekumpulan individu di ibu negara baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu berusia 28 hingga 42 tahun itu terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki.
"Mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam (Isnin) untuk direkod keterangan mengenai perarakan terbabit.
"Kesemua individu itu melibatkan dua penganjur serta empat peserta," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Tambahnya, ada beberapa lagi individu akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.
Sebelum ini, satu perarakan yang dipercayai berunsur agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berlangsung di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada 12 Mac lalu.
Berdasarkan pemerhatian kira-kira 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi, mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan terbabit.
Mereka memegang plakad di antaranya 'Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body' dan lain-lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan serta maklum balas daripada orang ramai berhubung perkara itu dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyiasat dengan kerjasama polis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 14 2023
Noor Dellhan berkata, kesemua individu berusia 28 hingga 42 tahun itu terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki. - Gambar/ Sinar Harian
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Polis rekod keterangan penganjur himpunan berunsur LGBT
Polis telah merekod keterangan enam individu pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung perarakan sekumpulan individu di ibu negara baru-baru ini.
Polis jangan bagi muka, tangkap peserta pesta LGBT - Pekemas
Perarakan dipercayai bercirikan LGBT itu dilihat berselindung di sebalik penganjuran Women's March Malaysia 2023.
Perhimpunan 9 Mac bukan perhimpunan LGBT - Kasthuri Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menegaskan perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia di ibu negara 9 Mac lalu bukan perhimpunan menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender, LGBT.