SHAH ALAM: Polis merampas dadah jenis Methamphetamine bernilai RM13.26 juta dan menahan empat lelaki tempatan termasuk seorang pelajar kolej swasta, dalam dua serbuan di Putrajaya, Isnin lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia antara 22 dan 37 tahun yang bertindak sebagai 'transporter' itu, diberkas dalam serbuan pertama semasa mereka sedang memindahkan dadah kepada pengedar di kawasan parkir sebuah pusat beli belah sekitar jam 1.40 petang.
Beliau berkata, hasil serbuan tersebut, polis menemui dan merampas 350 bungkusan plastik teh Cina yang disyaki dadah seberat 355.75 kilogram (kg), di dalam kereta jenis Vellfire di parkir tersebut.
"Dalam serbuan kedua di sebuah kondominium, polis merampas 23 bungkusan terdiri daripada 22 bungkusan plastik hijau bertulis teh Cina dan satu plastik lutsinar.
"Kesemua bungkusan ini mengandungi dadah jenis syabu dengan berat 23.09kg yang ditemui dalam sebuah bilik unit kondominium itu ketika serbuan dijalankan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontigen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Arjunaidi berkata, sumber bekalan dadah tersebut dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.
Beliau berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, menerusi penyitaan dua buah kereta jenis Nissan Navara dan Honda CRV, satu akaun bank serta seutas jam tangan yang keseluruhannya bernilai RM240,504.
"Hasil semakan terhadap suspek-suspek tersebut mendapati mereka mempunyai kes lampau di bawah Seksyen 39B dan 12 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 394 dan 395/170 Kanun Keseksaan.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga mendapati hanya dua orang suspek positif dadah iaitu tetrahydrocannabinol (THC) dan Opiate," katanya.
Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Dalam pada itu, Arjunaidi memaklumkan, seramai 135 kaki judi bola sepak Piala Dunia 2022 ditahan menerusi OP SOGA, dalam 119 serbuan di seluruh Selangor sejak 19 Nov hingga semalam.
"Penahanan tersebut melibatkan 128 warga tempatan dan tujuh warga asing termasuk rampasan pelbagai barangan meliputi enam buah komputer, tiga laptop, 193 telefon bimbit dan wang tunai lebih RM264,000.
"Setakat ini, seramai 29 orang dituduh di mahkamah dengan 87 kertas siasatan masih disiasat dan tiga diklasifikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek berusia antara 22 dan 37 tahun yang bertindak sebagai 'transporter' itu, diberkas dalam serbuan pertama semasa mereka sedang memindahkan dadah kepada pengedar. - Gambar BERNAMA
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.