SHAH ALAM: Polis menumpaskan dua sindiket memproses dadah dan lima kumpulan dipercayai mengedar dadah, hasil tujuh serbuan berasingan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Sept lepas di sekitar Lembah Klang.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM12.8 juta melibatkan heroin base seberat 40,661 gram; heroin (725 gram); meth oil (365.62 gram); syabu (25,444 gram); ganja (18,335 gram); kokain (4,270 gram) dan ketamin (45,400 gram).
Katanya, sebanyak 14 individu yang ditahan berumur 21 hingga 42 tahun dengan dua daripadanya merupakan lelaki warga Sri Lanka serta seorang wanita warga Thailand.
Beliau berkata serbuan di dua makmal memproses dadah di kediaman dua tingkat di Setia Alam pada 4.30 petang, 8 Sept dan di sebuah kilang di sekitar Puchong kira-kira 7 malam hari yang sama berjaya menahan tiga lelaki tempatan dan dua lelaki warga Sri Lanka.
"Turut dirampas ialah peralatan serta bahan-bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah dengan nilai rampasan dadah keseluruhan berjumlah RM4.9 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Sasikala berkata untuk lima lagi tangkapan melibatkan empat kumpulan serta seorang individu telah dilaksanakan di sekitar Balakong, Puchong Indah, Petaling Jaya, Shah Alam dan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) masing-masing pada 8 Sept, 13 Sept, 14 Sept, 16 Sept dan 17 Sept.
Beliau berkata saringan awal polis terhadap kesemua suspek mendapati tiga daripadanya positif dadah THC manakala seorang lagi positif syabu.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Katanya, tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 turut dilaksanakan dengan pihaknya menyita kesemua aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM526,912.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam tujuh serbuan berasingan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Selangor pada sidang media di IPK Selangor. - Foto BERNAMA
ASEAN-Malaysia 2025 [7/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengurus insurans rugi RM1.393 juta terperdaya pelaburan dalam talian
Seorang pengurus insurans mengalami kerugian RM1.393 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham dalam talian, November lepas.
ASEAN-Malaysia 2025 [8/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
Mahkamah Sabah, Sarawak rekod kadar penyelesaian kes memberangsangkan tahun lepas
Badan kehakiman di Sabah dan Sarawak merekodkan pencapaian cemerlang pada 2024, dengan kedua-dua negeri menunjukkan kadar penyelesaian kes yang memberangsangkan pada semua peringkat mahkamah.
ASEAN-Malaysia 2025 [9/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
AWANI Tonight: Japanese PM Ishiba calls for stronger ASEAN cooperation
Japanese Prime Minister Shigeru Ishiba emphasised the need to strengthen ties with ASEAN, following talks with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putrajaya today.
AWANI Tonight: 2024 first year to pass 1.5 °C limit
The year 2024 is officially the hottest ever recorded with global temperatures 1.6 °C above pre-industrial levels, surpassing the previous record set in 2023 and crossing a critical climate threshold.
Dadah bernilai RM1.08 juta dirampas dalam tiga serbuan di Selangor
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.08 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Shah Alam, Klang Utara, dan Ampang Jaya pada 31 Dis lepas.
Strok haba dikenal pasti punca kematian pelatih Palapes UiTM
Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.
Lima lelaki ditahan disyaki terlibat culik warga asing
Polis menahan lima lelaki termasuk seorang warganegara tempatan dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang warganegara asing di sekitar Sepang baru-baru ini.
Dua lelaki diburu kes rompak jongkong emas RM5.9 juta
Polis memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes samun berkawan dan bersenjata melibatkan jongkong emas milik sebuah syarikat di Kompleks Industri Puchong, dekat sini pada 13 September lepas.
Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.
Reman suspek samun di Semenyih disambung seminggu
Tempoh reman empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian samun bersenjata sebuah rumah di Semenyih disambung tujuh hari lagi.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka
Sebanyak 12 laporan polis atas pelbagai kesalahan diterima dengan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berakhir hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.