KUALA KANGSAR: Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Dalam operasi kira-kira jam 4.10 petang itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berumur 31 dan 33 tahun yang menjadi penghantar atau ‘transporter’ dengan upah RM500 dan RM50,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Mercedez Benz, milik bapa salah seorang suspek, yang membawa tiga beg pakaian berisi 50 peket bungkusan dadah.
“Kita percaya sindiket telah beroperasi empat bulan, sejak Disember 2023, sehingga ditangkap semalam.
“Kita masih menyiasat lanjut kegiatan sindiket itu dan kita akan membuat (tindakan) susulan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri; Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, Datuk Zainudin Ahmad dan Ketua JSJN Perak, ACP Lee King Chuan.
Menurut Kok Chin, suspek pertama berusia 33 tahun yang dipercayai menerima upah RM50,000, bekerja sebagai operator kilang manakala suspek kedua, seorang pendawai, pula menerima upah RM500.
Semakan rekod jenayah mendapat salah seorang daripada mempunyai rekod lampau pelbagai kesalahan berkaitan dadah dan saringan awal urin mendapati kedua-dua mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Katanyam dadah yang dirampas dianggar boleh digunakan oleh 500,000 penagih dadah.
Kedua-dua suspek direman selama seminggu sehingga 23 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 17 2024

Kok Chin (tengah) berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Mercedez Benz yang membawa tiga beg pakaian berisi 50 peket bungkusan dadah.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis Terengganu rampas dadah lebih RM70 juta tahun lepas
Polis Terengganu berjaya merampas dadah bernilai RM76.42 juta pada tahun lepas, meningkat hampir 25 kali ganda berbanding RM3.1 juta pada 2023.

Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta
Polis Terengganu berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM7.8 juta dalam operasi trafik di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.

JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen
Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.

Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.

JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.

Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.

JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.