Polis telah merakam keterangan beberapa saksi yang telah tampil memberi kerjasama berhubung kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran persimpangan Southville City semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ada antara saksi berkenaan tampil sukarela dan ada juga diminta tampil membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan dan akan ada lagi saksi dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

BACA: Suspek, isteri kes gaduh dan langgar di Bangi direman 7 hari

BACA: Henti buat spekulasi kes kemalangan di Bangi - Polis


Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Foto Bernama

Foto Bernama