Polis akan memantau perhimpunan yang bakal dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Jalan Raja Alang di sini, pada Ahad ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.
"Polis dimaklumkan pihak PERKASA akan mengadakan mesyuarat dan persidangan agung pada Ahad ini.
"Himpunan itu dibuat untuk anggota PERKASA dan polis akan pantau serta ambil tindakan sewajarnya jika menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Satu poster bertajuk 'Himpunan Jihad Perkasa' yang mengajak orang ramai berhimpun di Jalan Raja Alang di sini, tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Sementara itu, pada Sabtu depan (8 Dis), perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dijadual diadakan di ibu negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 30 2018

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim (tengah) ketika mengadakan sidang media di ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Bazar Jalan Raja Alang, Taman Setiawangsa dibenar beroperasi semula - DBKL
DBKL membatalkan arahan tersebut selepas memperoleh maklumat terbaru mengenai status bazar itu dan akan mempertingkatkan kawalan prosedur operasi standard (SOP).

Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Taman Setiawangsa ditutup dua hari
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan dua bazar Ramadan di Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang, Kampung Baru ditutup dua hari bermula esok.

KL dilanda banjir kilat lagi
Lembah Klang dilanda banjir susulan hujan lebat selama dua jam pada sebelah petang, Khamis.

Polis pantau perhimpunan Perkasa Ahad ini
Polis akan memantau perhimpunan yang bakal dianjurkan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Jalan Raja Alang di sini, pada Ahad ini.