Polis menafikan wujudnya insiden pergaduhan sehingga membawa maut ketika sambutan perayaan Thaipusam di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Samsudin Mamat, semakan telah dibuat dan didapati tiada kes pergaduhan melibatkan kematian yang berlaku namun satu laporan polis dibuat oleh pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"Untuk makluman, perayaan sambutan Thaipusam di Sungai Petani berlangsung dengan lancar tanpa sebarang insiden," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, tular di media sosial Twitter akaun bernama 'TehPanas' rakaman pergaduhan beberapa individu dengan kapsyen 'Budak kena pukul mati on spot' ketika upacara sembahyang Thaipusam di Sungai Petani, Kedah.
Video berkenaan mendapat 164,000 tontontan dan 4,500 ciapan daripada netizen.
Bagaimanapun, Samsudin berkata terdapat satu laporan insiden pergaduhan dan hanya dua mangsa yang mengalami cedera ringan.
"Tindakan pantas pihak polis telag berjaya menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 23 hingga 27 tahun," jelasnya
Kes berkenaan disiasat dibawah seksyen 324/148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan.
Afiezy Azaman
Tue Feb 11 2020
Polis bagaimanapun berkata terdapat satu laporan insiden pergaduhan dan hanya dua mangsa yang mengalami cedera ringan. - Foto ihsan media sosial
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
EPL: Ange Postecoglou bela Son Heung-min atas insiden Piala Asia
Ange Postecoglou tampil mempertahankan kapten Tottenham, Son Heung-min, atas insiden yang berlaku dalam kem Korea Selatan sewaktu saingan Piala Asia.
Kelab KESA FC digantung daripada TFL
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk berlaku kelakuan ganas, kelakukan tidak tertib dan kegagalan KESA FC mengawal pemain dan pegawai.
Pergaduhan di padang bola: 'Saya hanya mahu leraikan, sebaliknya dibelasah bertubi-tubi'
Insiden pergaduhan berlaku ketika perlawanan TFL di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di Kuala Nerus pada petang Jumaat.
Jawatankuasa Tatatertib TFL siasat insiden pergaduhan
Siasatan mendalam akan dijalankan termasuk meneliti semua laporan sebelum sebarang keputusan dibuat.
Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi.
Dua lagi lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBW
Dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam.
Polis siasat insiden pergaduhan dipercayai disebabkan hutang
Polis berkata mangsa dan suspek telah tampil membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Insiden pergaduhan Mesyuarat Perwakilan UMNO Lahad Datu, dua individu terlibat dikenal pasti
Polis mengenal pasti dua individu yang terlibat dalam pergaduhan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lahad Datu pada Sabtu.
Adib tidak alami kecederaan serius, Penang FC mula latihan rutin
Pengurus Besar pasukan, Jeffrey Chew berkata Adib kini dalam proses pemulihan hasil tindakan pantas pasukan perubatan dan pihak hospital.