Ketua Polis Perlis SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab menafikan dakwaan penularan berita di laman sosial Facebook yang mendakwa Perlis merupakan negeri yang terkenal dengan pusat judi haram.
Katanya, polis Perlis memandang serius berita palsu itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta akan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti anggota polis.
"Tindakan seorang lelaki memuat naik gambar mengenai operasi premis nombor ekor tidak berlesen yang mendakwa 'Perlis terkenal dengan negeri judi ekor haram berlesen palsu' amat dikesali.
"Maklumat yang disebarkan oleh pemilik akaun Facebook 'Soo Kou' sejak 24 Dis lalu adalah tidak benar dan mempamerkan seolah-olah anggota polis tidak menjalankan tugas serta tidak mengambil tindakan terhadap kes sedemikian, sedangkan hal itu tidak betul," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'High Profile Policing Bersama Masyarakat Cina' di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, malam tadi.
Ab Rashid berkata polis telah mengesan identiti lelaki pemilik akaun Facebook berkenaan dan didapati lelaki itu pernah diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berhubung kegiatan premis nombor ekor tidak berlesen beberapa tahun lepas.
"Sekarang dia dah mula menularkan kes lama di Facebook bertujuan sengaja memburukkan kredibiliti polis seolah-olah tiada tindakan yang kita ambil dan menimbulkan kebimbangan penduduk Perlis," katanya.
Ab Rashid berkata polis memandang serius hal berkaitan jenayah rumah judi serta sentiasa memantau dan mengambil tindakan terhadap pusat nombor ekor yang tidak berlesen di negeri ini.
"Sebanyak 258 tangkapan dilakukan membabitkan 295 serbuan terhadap premis yang menjalankan kegiatan judi tidak berlesen sepanjang 2016 berbanding 139 tangkapan membabitkan 170 serbuan pada tahun 2015.
"Polis turut menyita wang yang digunakan untuk aktiviti judi tersebut sebanyak RM60,966.45 pada tahun lepas berbanding RM28,075.40 pada tahun 2015," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017

Sebanyak 258 tangkapan dilakukan membabitkan 295 serbuan terhadap premis yang menjalankan kegiatan judi tidak berlesen sepanjang 2016 berbanding 139 tangkapan membabitkan 170 serbuan pada tahun 2015. - Gambar hiasan

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Peserta himpunan aman di Klang dinasihat patuh arahan polis
Polis akan kawal keselamatan sepanjang perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy'.

Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
Sebelum ini, kes Muhammad Adib Mohd Kassim diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan sebagai cubaan membunuh.

Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar
Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang 'Machining' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis nafi Perlis lubuk premis judi haram
Polis Perlis memandang serius berita palsu itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta akan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti anggota polis.

Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu
Gara-gara tidak tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini, pagi tadi.