GEORGE TOWN: Polis menafikan berlakunya kegiatan lumba haram membabitkan kira-kira 200 penunggang motosikal di beberapa lokasi sekitar Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Padang Kota Lama di sini seperti yang tular di media sosial hari ini.
Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata beberapa kumpulan motosikal itu yang datang dari beberapa negeri antaranya Kedah dan Johor berada di George Town untuk bersiar dan bersantai sahaja.
"Berdasarkan risikan dan maklumat mendapati beberapa kumpulan motosikal itu masuk ke kawasan pulau bermula 12 tengah malam tadi.
"Mereka hanya datang ke sini (pulau) untuk bersiar-siar dan bersantai hujung minggu, dari Jambatan Pulau Pinang, mereka bergerak dalam kumpulan ke Padang Kota Lama melalui Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sejak awal pagi Ahad, tular beberapa video di media sosial mengenai beberapa kumpulan motosikal yang memasuki bahagian pulau, negeri ini dipercayai mahu berlumba haram.
Soffian berkata pihak polis telah mengekori pergerakan kumpulan motosikal itu sehingga memasuki ke sebuah stesen minyak di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu kira-kira 1.30 pagi sebelum menahan 23 motosikal bersama penunggangnya iaitu semua lelaki berusia 16 hingga 25 tahun.
Katanya pemeriksaan ke atas mereka, polis menyita sembilan motosikal dan mengeluarkan 48 saman kerana pelbagai kesalahan antaranya mengubah suai ekzos, tidak mempunyai lesen, tiada cukai jalan, tidak mempamerkan plat motosikal serta tidak mempunyai cermin sisi.
"Kumpulan motosikal itu juga didapati mengganggu pengguna jalan raya yang lain kerana menunggang dalam satu kumpulan yang ramai sehingga menghalang lalu lintas," katanya.
Soffian berkata polis akan meneruskan pemantauan dan membanteras kegiatan lumba haram dengan menggunakan pendekatan baharu serta tidak lagi mengejar penunggang motosikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 28 2022

Polis akan meneruskan pemantauan dan membanteras kegiatan lumba haram dengan menggunakan pendekatan baharu serta tidak lagi mengejar penunggang motosikal. - Gambar hiasan/ Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.