JOHOR BAHRU: Polis hari ini menafikan berlakunya kes cubaan menculik seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di depan sebuah restoran makanan segera di Bukit Tiram di sini pada 3 Jun lepas sebagaimana yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 49 tahun semalam selepas anaknya mendakwa cuba dilarikan oleh individu tidak dikenali yang menaiki van putih ketika pulang dari sekolah sekitar 6.45 petang.
"Kejadian yang dilaporkan tidak berlaku sebaliknya hanya rekaan remaja tersebut untuk menarik perhatian pengadu setelah ditegur lewat menaiki van sekolah semasa pulang dari sekolah," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Justeru itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan perhatian dan mengawasi pergerakan anak-anak di luar atau di dalam rumah manakala orang ramai dinasihat tidak mudah panik atau membuat sebarang spekulasi terhadap sesuatu berita tanpa kesahihan sehingga boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, tular di media sosial laporan polis berhubung kes cubaan menculik itu dengan hantaran yang memohon ibu bapa dan pemandu van sekolah supaya sentiasa peka dengan keselamatan anak-anak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024

Polis hari ini menafikan berlakunya kes cubaan menculik seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Bukit Tiram pada 3 Jun lepas sebagaimana yang tular di media sosial.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Penuntut universiti warga China didakwa culik remaja perempuan 15 tahun
Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.

Empat lelaki didakwa culik dua warga asing
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik dua lelaki warga asing dalam kejadian di tapak pembinaan di Telok Air Tawar, Butterworth pada 13 November lepas.

Nenek empat cucu didakwa subahat culik ahli perniagaan minta tebusan RM20 juta
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan bersubahat melakukan penculikan bertujuan menuntut wang tebusan RM20 juta pada 13 Oktober lalu.

Empat rakan termasuk 2 remaja dipenjara 3 tahun culik kanak-kanak perempuan
Empat rakan termasuk dua remaja perempuan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Tiga lelaki didakwa culik, tuntut wang tebusan RM20 juta
Seorang ahli perniagaan dan dua lelaki warganegara Vietnam didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin atas tuduhan menculik dan menuntut wang tebusan berjumlah RM20 juta, bulan lalu.

Kes culik ahli perniagaan: Polis jumpa semula RM7.2 juta wang tebusan
Polis berjaya menemukan semula RM7.2 juta daripada kira-kira RM20 juta wang tebusan yang dibayar keluarga seorang ahli perniagaan yang diculik dalam kejadian pada 13 Okt lepas.

Polis buru suspek utama kes culik warga China
Polis sedang memburu suspek utama disyaki terbabit dalam kes culik lelaki warga China berhampiran Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya Mex pada 18 Oktober lalu.

Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas.

'Tiada insiden cubaan culik, hanya salah faham' - Polis
Polis mengesahkan tiada insiden cubaan culik seorang kanak-kanak lelaki di Laluan Meru Perdana 13, Taman Meru Perdana di sini yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco
Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi.