Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), di Perancis untuk membantu pihaknya menahan seorang aktivis Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata permohonan itu dibuat setelah kedua-dua mereka cuba memohon perlindungan politik di luar negara.
Ali memohon suaka di Sweden manakala Alvin di Amerika Syarikat.
"Polis telah memohon pre-notis kepada Interpol. Jadi kita tunggu jawapan," katanya kepada pemberita pada Seminar Ketua Polis Daerah, di Maktab PDRM Cheras, di sini hari.
Alvin, 26, dan teman wanitanya Vivian Lee, 25, pernah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana ucapan Ramadan di laman blog mereka, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pada tahun lepas.
Kes mereka masih dalam perbicaraan.
Ali juga menghadapi tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman facebooknya.
Mengenai judi internet, Khalid berkata pihaknya bersama Jabatan Peguam Negara sedang merangka satu tindakan perundangan yang boleh diambil terhadap pemilik premis dan premis terlibat menjalankan perjudian haram.
"Bagi membanteras kegiatan judi haram itu kita sedang merangka satu undang-undang bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang mempromosi 'online gambling' ini termasuk tuan punya premis terbabit," katanya.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk meminda akta sedia ada atau mewujudkan akta baharu bagi mengekang kegiatan judi haram.
Media sebelum ini menyatakan pandangan beberapa pihak bahawa undang-undang berkaitan perjudian iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dianggap sudah 'lapuk'.
Manakala Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula tidak memberi kuasa untuk menutup, menyita dan melucut hak terhadap pemilik premis yang didapati menjalankan kegiatan judi haram.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata polis masih menunggu permohonan justifikasi daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mendapatkan lesen senjata api bagi anggota penguatkuasa agensi itu.
"Kita akan melihat dulu justifikasi mereka secara terperinci," katanya.
Permohonan itu berikutan insiden beberapa pegawai penguatkuasa SPAD diserang sekumpulan lelaki ketika pegawai-pegawai itu melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat, Langkawi pada Jumaat lepas.
Bernama
Tue Oct 28 2014
![Polis mohon bantuan Interpol jejaki dua individu dikehendaki Polis mohon bantuan Interpol jejaki dua individu dikehendaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
PDRM telah membuat permohonan kepada Interpol di Perancis untuk membantu pihaknya menahan aktivis, Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Polis mohon bantuan Interpol jejaki dua individu dikehendaki Polis mohon bantuan Interpol jejaki dua individu dikehendaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81360123848_295x200.jpg)
Polis mohon bantuan Interpol jejaki dua individu dikehendaki
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), di Perancis untuk membantu pihaknya menahan seorang aktivis Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.
![Aktivis hina Sultan di Facebook ditahan lagi selepas dibebaskan Aktivis hina Sultan di Facebook ditahan lagi selepas dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/81410587079_295x200.jpg)
Aktivis hina Sultan di Facebook ditahan lagi selepas dibebaskan
Aktivis, Ali Abd Jalil yang baru sahaja dilepaskan selepas didakwa di bawah Akta Hasutan, sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama hari ini.