Polis hari ini menafikan berlaku rusuhan akibat kemalangan maut melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun di Taman Assam Jawa, di sini Jumaat lepas.
Sehubungan itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah meminta orang ramai agar tidak percaya dengan maklumat yang disebarkan di laman sosial mengenai berlakunya rusuhan di situ.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati terdapat fakta tidak tepat mengenai insiden itu yang tersebar luas di laman sosial sejak semalam.
"Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terus percaya dan terpengaruh dengan spekulasi di laman media sosial sejak semalam berhubung insiden ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor di sini hari ini.
Katanya, kemalangan berlaku pukul 7.30 malam di mana wanita itu, Norjunaidah Sahak maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar tembok konkrit longkang di KM41 Jalan Klang-Teluk Intan di simpang masuk ke Taman Assam Jawa di sini.
"Ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke rumahnya di Kuala Selangor.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan jenis Toyota Wish yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun," katanya.
Mohd Adnan berkata, pemandu kenderaan itu kemudian terus menghubungi 999 bagi memaklumkan kejadian sebelum ke sebuah restoran berdekatan untuk menjamu selera.
Katanya, beberapa minit kemudian sekumpulan lelaki menghampiri pemandu itu dan berlaku pertengkaran sesama mereka sebelum dileraikan dua anggota polis.
"Semasa polis membawa lelaki itu ke dalam kereta peronda, berlaku sedikit pergelutan antara polis dan kumpulan lelaki berkenaan yang mengakibatkan seorang anggota polis cedera ringan.
"Seorang lelaki lain berusia 29 tahun yang merakam insiden berkenaan turut ditumbuk dan ditendang kumpulan berkenaan sebelum diselamatkan polis," katanya.
Berikutan itu, Mohd Adnan berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan awal pagi tadi di Kuala Selangor bagi membantu siasatan.
Bernama
Sun Sep 13 2015
Polis menafikan berlaku rusuhan akibat kemalangan maut melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun di Taman Assam Jawa Jumaat lepas.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Lapan maut kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo
Lapan maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo di Sarikei, pada Khamis.
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Pemandu treler dipercayai terlelap, kanak-kanak tiga tahun maut kemalangan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM148.1 PLUS berhampiran Bukit Gambir.
Pemandu maut, treler rempuh treler diparkir tepi jalan
Seorang pemandu maut apabila treler yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler lain yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 47, Jalan Ipoh -Lumut, dekat Bota, malam tadi.
Lebih 500,000 nahas jalan raya direkod di Malaysia sehingga Oktober
Sebanyak 532,125 nahas jalan raya direkodkan sejak Januari hingga Oktober lepas, dengan 5,364 daripadanya melibatkan kemalangan maut.
Dua beranak maut dalam perjalanan ke tabika Kemas
Dua beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 15, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris, berhampiran Kampung Tengkawang, pagi tadi.
Dua wartawan, pemandu stesen tvOne maut dalam kemalangan
Dua wartawan dan seorang pemandu daripada sebuah stesen televisyen berpusat di Jakarta Timur, tvOne, maut dalam kemalangan tragis awal pagi Khamis.
Remaja perempuan maut rempuh kereta buat pusingan U
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kemalangan di kilometer 32.1 Jalan Seremban-Tampin, Pekan Chengkau malam tadi.
Bapa bonceng anak maut motosikal bertembung lori
Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 65.5, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Selasa.
Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang
Aeshah maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang remaja yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.