IPOH: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Cempaka di sini sejak 8 Okt lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerima laporan berhubung kehilangan R. Mannimegalai, 18, daripada ibunya, dan kali terakhir remaja itu dilihat berada di rumahnya ialah pada kira-kira pukul 2.30 pagi pada hari berkenaan.
"Remaja perempuan itu berada di rumah keluarganya pada 8 Okt lepas dan sempat menonton televisyen bersama keluarga. Kira-kira pukul 2.30 pagi ketika ayahnya ke tandas dan kembali semula ke ruang tamu, anak perempuannya didapati sudah tiada," katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Anis Safira Roslan dengan menelefon 018-7865440 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (05-2451500) atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Kali terakhir R. Mannimegalai, 18, dilihat berada di rumahnya ialah pada kira-kira pukul 2.30 pagi pada 8 Oktober lalu. - Gambar/ PDRM
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis berusaha kesan Che Nor Qurratu yang hilang sejak 7 Nov
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang selepas ke kedai runcit sejak 7 Nov lepas.
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Remaja autistik hilang ditemukan lemas
Kehilangan seorang remaja autistik sejak Ahad berakhir tragedi apabila mayatnya ditemukan di Jeti Marina Bay di sini pada Isnin.
Polis kesan Nurul Alya Farzana, hilang depan sekolah
Remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Nurul Alya Farzana Zamri dan berusia 16 tahun.
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Polis sahkan terima laporan kehilangan Saraliana
Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis
Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
Selisih faham dengan bapa disyaki punca remaja hilangkan diri
Pada 28 Mei, adiknya dapat berkomunikasi dengannya melalui WhatsApp, namun apabila bapanya cuba menghubunginya semula gagal dan tidak berjawab.
Effzaldanish selamat, pulang sendiri ke rumah - KP Johor
Remaja lelaki berusia 14 tahun Muhammad Effzaldanish Mohd Effendy yang dilaporkan hilang pada Ahad lepas, pulang ke kediamannya dalam keadaan selamat.