KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa polis masih menjalankan siasatan terhadap kematian model Belanda, Ivana Esther Robert Smit, di sebuah kondominium di Persiaran Caossquare, di sini, lima tahun lalu.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Norfauzani Mohd Nordin, mewakili pihak defendan, berkata masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
Beliau berkata demikian semasa pendengaran permohonan ibu mendiang Ivana Smit, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, selaku plaintif, untuk meminda pernyataan tuntutan saman dikemukakan terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi, ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dalam saman tersebut, ibu model berkenaan mendakwa pihak defendan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.
"Daripada pemeriksaan kami terhadap pegawai penyiasat, masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut," katanya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain.
Ditanya Roz Mawar adakah defendan kedua (pegawai penyiasat) masih bertugas, Norfauzani berkata pegawai tersebut yang merupakan seorang daripada ahli kumpulan siasatan kes itu masih bertugas.
Terdahulu, Norfauzani membantah permohonan plaintif untuk meminda pernyataan tuntutan saman itu kerana siasatan kes masih dijalankan dan permohonan itu bersifat pramatang.
Sementara itu, peguam Datuk S.N. Nair, mewakili Verstappen, berkata pihaknya dan keluarga mangsa tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan kematian model berkenaan.
Mengenai permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan saman, Nair berkata ia perlu dipinda bagi membolehkan pihaknya membentangkan kes itu dengan lebih jelas dan tepat.
Katanya, plaintif membuat pindaan ringkas terhadap struktur penulisan bagi menjadikan tuntutan saman itu lebih khusus dan menumpu kepada fakta serta isu yang mencerminkan hasrat plaintif yang sebenar selain permohonan itu hanya melibatkan pindaan kepada fakta-fakta kes yang tidak dipertikaikan oleh pihak defendan.
Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Roz Mawar menetapkan 4 Nov ini untuk keputusan permohonan pindaan pernyataan tuntutan itu dan tarikh sama ditetapkan untuk mendengar permohonan kesemua defendan bagi membatalkan saman tersebut.
Dalam penyataan tuntutan difailkan oleh Verstappen, 57, 20 Nov 2020, plaintif mendakwa anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini pada 7 Dis 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.
Sebelum itu, pada 22 Nov 2019,Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan semakan plaintif bagi membatalkan keputusan Mahkamah Koroner yang mengklasifikasikan kematiannya disebabkan oleh nahas.
Pada 21 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membatalkan saman itu atas alasan penyataan tuntutan tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Verstappen berhubung keputusan yang membatalkan samannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa polis masih menjalankan siasatan terhadap kematian model Belanda, Ivana Esther Robert Smit, di sebuah kondominium di Persiaran Caossquare, di sini, lima tahun lalu. - Gambar fail/Instagram

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Polis masih siasat kematian model Belanda, Ivana Smit - SFC
Peguam Kanan Persekutuan (SFC), Norfauzani Mohd Nordin, mewakili pihak defendan, berkata masih ada beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.