Cubaan empat lelaki termasuk tiga warga Indonesia untuk menyeludup keluar 3,304 ekor burung murai kampung, gagal selepas mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Melaka.
Kesemua mereka yang berusia antara 43 hingga 66 tahun itu ditahan di dalam dua bot berasingan kira-kira jam 1.45 pagi Sabtu, selepas pihak PPM menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Lumut.
Timbalan Komander PPM Wilayah Dua, Superintendan Noor Azman Jamal dalam kenyataannya berkata, hasil pemeriksaan dijalankan keatas bot terbabit kemudian menjumpai 188 raga berisi burung murai yang nilainya dianggarkan berjumlah RM500,000.
Burung murai berkenaan dipercayai diseludup keluar untuk dihantar ke Pulau Lupat, Indonesia.
Beliau berkata, kedua-dua bot terbabit ditahan oleh anggota bot ronda PSC 30 dan PSC 37 di kawasan perairan pulau besar.
Kesemua mereka kemudian dibawa balik ke Markas Tektikal PPM Wilayah Dua untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut.
Tambah Noor Azman, dua buah bot gentian kaca serta tiga unit enjin sangkut digunakan suspek yang bernilai keseluruhan RM137,000 turut dirampas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13B Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Maqis) dan Akta Imigresen 1959/63.
Astro Awani
Sat Jun 27 2020
Empat lelaki ditahan di dalam dua bot berasingan kira-kira jam 1.45 pagi Sabtu. - PPM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
PGA rampas 541 ekor burung murai batu, dipercayai diseludup
Sejumlah 541 ekor burung Murai jenis Murai Batu yang terancam dan dilindungi berjaya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am, PGA.
TLDM gagalkan cubaan seludup 450 burung murai
Sejumlah 450 ekor burung murai yang cuba diseludup ke luar negara berjaya dikesan anggota Tentera Darat Malaysia (TLDM) yang menjalankan Op Benteng Laut di sempadan negara.
Polis Marin gagalkan cubaan seludup burung murai bernilai RM500,000
Pihak PPM menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Lumut.
Lelaki ditahan cuba seludup 30 ekor burung murai bernilai ribuan ringgit ke Indonesia
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 30 ekor burung murai dianggarkan bernilai RM24,000 ke Indonesia.
Ekoran kebakaran di Australia, burung pun sudah reti tiru bunyi siren kecemasan
Burung tersebut meniru bunyi siren kenderaan kecemasan iaitu seperti bunyi jentera bomba.