Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 30 ekor burung murai dianggarkan bernilai RM24,000 ke Indonesia.
Suspek berusia 45 tahun ditahan dalam serbuan Op Bersepadu Khazanah (OBK) ketika sedang asyik 'memikat' burung murai di sebuah rumah pekerja di Ladang Bawan, Kilometer 2, Tuah, Jalan Nibong Tada, di Kanowit pada jam 4.04 petang Jumaat.
Timbalan Pegawai Memerintah PGA Batalion 10 Kem Lanang Sibu, Deputi Superintenden (DSP) Frediel Nyambong berkata, sepasukan anggotanya daripada cawangan Pasukan Khas OBK diketuai oleh Asisten Superintenden (ASP), Mohd Adirra Ramli mendapati suspek menjadikan rumah pekerja terbabit sebagai tempat penyimpanan dan memilihara burung murai tanpa permit sah.
"Ada dua jenis spesis burung murai terancam iaitu termasuk Murai Batu dan Murai Cacing berjaya diselamatkan daripada suspek yang mengaku sebagai pemilik burung tersebut," kata dalam satu sidang media di sini pada Sabtu.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati modus operandi suspek ialah menangkap dan menyimpan burung itu sebelum dijual kepada orang tengah untuk diseludup ke Indonesia.
Ujarnya, seekor burung murai dijual dengan harga RM800 ke atas bergantung kepada kemerduan kicauan dan kecantikannya.
Beliau berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala semua burung murai yang dirampas akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) Cawangan Sibu untuk siasatan di bawah Seksyen 29 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak 1988.
Tambahnya, penangkapan suspek adalah antara kejayaan kedua PGA pada tahun ini dalam membanteras kegiatan penyeludupan haiwan spesis terlindung.
“Terdahulu pada 23 Januari lalu, pasukan sama diketuai oleh ASP Mohd Zamani Baharom merampas masing-masing seekor monyet dan landak bernilai RM1,200 dari lelaki tempatan berusia 48 tahun di sebuah tumah di Tanjung Kunyit di sini” katanya.
Angelina Sinyang
Sat Feb 01 2020
Hasil pemeriksaan mendapati modus operandi suspek ialah menangkap dan menyimpan burung itu sebelum dijual kepada orang tengah untuk diseludup ke Indonesia. - Foto Astro AWANI
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
PGA rampas 541 ekor burung murai batu, dipercayai diseludup
Sejumlah 541 ekor burung Murai jenis Murai Batu yang terancam dan dilindungi berjaya dirampas oleh Pasukan Gerakan Am, PGA.
TLDM gagalkan cubaan seludup 450 burung murai
Sejumlah 450 ekor burung murai yang cuba diseludup ke luar negara berjaya dikesan anggota Tentera Darat Malaysia (TLDM) yang menjalankan Op Benteng Laut di sempadan negara.
Polis Marin gagalkan cubaan seludup burung murai bernilai RM500,000
Pihak PPM menerima maklumat dari Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Lumut.
Lelaki ditahan cuba seludup 30 ekor burung murai bernilai ribuan ringgit ke Indonesia
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki cuba menyeludup 30 ekor burung murai dianggarkan bernilai RM24,000 ke Indonesia.
Ekoran kebakaran di Australia, burung pun sudah reti tiru bunyi siren kecemasan
Burung tersebut meniru bunyi siren kenderaan kecemasan iaitu seperti bunyi jentera bomba.