KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dan memproses dadah selepas menahan enam individu termasuk dalangnya dalam lima serbuan sekitar Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din berkata sindiket itu menjalankan kegiatan dengan mencampurkan pelbagai jenis dadah dalam satu jus minuman, sebelum dijual kepada pelanggan di pusat hiburan sekitar Lembah Klang, dan ia merupakan trend terbaharu yang dikesan pihak berkuasa.
Menurutnya siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak pertengahan tahun lepas itu menjadikan sebuah kondominium mewah di Kajang dan Cheras sebagai tempat untuk memproses dan menyimpan bekalan dadah sebelum dipasarkan di pusat hiburan serta pelanggan yang menganjurkan parti persendirian.
"Sindiket ini mencampurkan pelbagai jenis dadah dalam jus minuman dan menjual dengan harga sebotol boleh mencecah RM180 hingga RM300 mengikut saiz botol serta kandungan dadah, bergantung kepada permintaan pelanggan.
"Sindiket ini turut menerima upah memproses dan mengedar dadah kira-kira RM30,000 sebulan untuk seorang dan mengaut keuntungan yang lumayan hasil kegiatan ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, hari ini.
Mohd Kamaruddin berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis bahan terlarang termasuk 54.55 liter jus disyaki dadah, 1.68 kilogram serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), 144 gram ketamin, 16 gram ganja, lima kg serbuk ekstasi, 550 biji pil eramin 5 dan 2,900 biji pil ekstasi dianggarkan bernilai RM448,850.
Beliau berkata tiga kenderaan mewah, wang tunai dan barang kemas dianggarkan RM489,408 turut disita dalam serbuan itu.
Katanya empat daripada individu ditahan positif dadah jenis ketamin hasil ujian saringan air kencing dan seorang daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
"Kesemua individu yang ditahan berusia 19 hingga 40 tahun direman hingga 23 Jan ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
![Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705652223_TBpolisdadahjp.jpg)
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamaruddin Md Din (dua, kanan) menunjukkan pelbagai jenis dadah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras hari ini. - Foto Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720166575_telegramjpg.jpg)
Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan
Polis menahan tiga rakan karib kerana dipercayai mendalangi satu sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram, Isnin lepas.
![Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas
Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Puchong.
![Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
![Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808366_AminulIzmeerMohdS.jpg)
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
![Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715765073_TBtokanganja.jpg)
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
![Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000 Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712545547_DADAHjpg.jpg)
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
![Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000 Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711330575_TBsyabujpg.jpg)
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000
Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia.
![Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710797547_JKDM.jpg)
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
![Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707116588_ManchaAta.jpg)
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.
![Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707551609_AhmadFaizalTahrim.jpg)
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.