KAJANG: Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.15 juta selepas menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah yang terlibat dalam sindiket mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kurier di Bandar Mahkota Cheras di sini, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dua lelaki berumur 33 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 62.7 kilogram (kg) syabu pada pukul 11 pagi, semasa berada di dalam sebuah kenderaan, selepas pasukan operasi menjalankan risikan selama hampir empat bulan.
Beliau berkata susulan soal siasat, pihak JSJN kemudiannya melakukan satu lagi serbuan pada hari sama ke atas sebuah kondominium mewah yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah, dan merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis.
"Dadah yang dirampas terdiri daripada syabu seberat 332.443kg, pil ekstasi 15.7kg, pil erimin 5 seberat 8.1 kg dan 6.07kg serbuk MDMA. Ia dianggarkan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah. Sindiket ini mula aktif sejak pertengahan tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.
Kedua-dua keldai dadah ini bertindak sebagai penjaga stor penyimpanan dadah, sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan kurier, dan mereka diberikan komisen sekitar RM2,000 hingga RM3,000.
Khaw berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan JSJN telah menyita sebuah kenderaan yang digunakan sindiket ini, yang dianggarkan bernilai RM38,000," katanya.
Beliau berkata pihak JSJN sedang berusaha mengesan anggota rangkaian sindiket ini yang masih bebas terutama dalang utama, dan orang ramai yang maklumat mengenai sindiket ini diminta menyalurkannya kepada polis dengan menelefon hotline JSJN di talian 012-2087222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Kok Chin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini. -Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Siling pusat beli-belah runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Suasana gempar seketika apabila siling di sebuah pusat beli-belah dekat Bandar Mahkota Cheras, dekat Cheras runtuh pada Isnin.

Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.

Bayar RM50 dapat 'perkhidmatan tambahan'
Menawarkan 'perkhidmatan tambahan' dengan harga serendah RM50, itu khidmat yang diberikan sebuah premis urut di Bandar Mahkota Cheras.

Mayat kembung dan berair ditemui di dalam kereta
Mayat seorang lelaki ditemui polis dalam sebuah kereta Proton Wira yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.