KUALA LUMPUR: Polis mengesan satu sindiket penipuan dalam talian 'Macau Scam' yang disyaki membuat panggilan video palsu menggunakan gambar wajah pegawai polis bagi memaklumkan mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan rasuah.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata anggota sindiket berkenaan akan memperkenalkan diri sebagai pegawai insurans sebelum disambungkan kepada seorang 'pegawai polis' yang menyatakan mangsa terlibat dalam kes terbabit.
Beliau berkata 'pegawai polis' berkenaan membuat panggilan video dengan berpakaian uniform menggunakan aplikasi menampakkan pergerakan mulut seperti orang sebenar sekali gus mengelirukan mangsa.
"Sindiket ini mengelirukan orang ramai dengan membuat panggilan video menggunakan aplikasi tersebut yang menampakkan kesahihan pemanggil sedangkan ia telah diubah suai dengan menampakkan pergerakan mulut dan gambar wajah yang disunting.
"Kaedah ini boleh memperdayakan orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beh berkata pada Isnin pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan sindiket itu daripada seorang suri rumah berusia 40 tahun yang menyatakan dia didakwa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah melalui semakan maklumat peribadi pengadu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menipu," katanya sambil menambah orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan yang diterima.
Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap kes melibatkan panggilan palsu yang menggunakan gambar profil pegawai polis dan pihak penguat kuasa bagi mengaburi orang ramai.
Orang ramai dinasihatkan membuat semakan menerusi laman sesawang Semak Mule atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 berkaitan aktiviti mencurigakan melibatkan sindiket itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Pihak polis memandang serius terhadap kes melibatkan panggilan palsu yang menggunakan gambar profil pegawai polis dan pihak penguat kuasa bagi mengaburi orang ramai. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Ambil tahu isyarat amaran banjir, bunyi berbeza dengan polis, bomba - Dr Ching Thoo
Orang ramai perlu cakna dan ambil tahu bunyi siren amaran banjir sebagai langkah kesiapsagaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Kes buruh paksa: Pengurusan tertinggi GISB antara 24 individu direman sekali lagi
Seramai 24 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes buruh paksa.
Lebih 60 semakan audit terhadap GISB, syarikat dan individu berkaitan - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menjalankan lebih 60 semakan audit terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISB), syarikat serta individu berkaitan dengannya, bagi tahun-tahun taksiran terdahulu.
GISB: N.Sembilan ambil tindakan selepas dapat keputusan pihak berwajib
Kerajaan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang perkara berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di negeri ini selepas mendapat keputusan daripada pihak berwajib.