KUALA LUMPUR: Polis mengesan taktik baharu sindiket along yang menyediakan aplikasi di telefon bimbit untuk membuat pinjaman wang selain menyalahgunakan data peribadi mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima tiga laporan daripada mangsa yang membuat pinjaman melalui aplikasi berkenaan dan menerima pelbagai ugutan termasuk menggunakan gambar serta data peribadi mereka selepas gagal melunaskan bayaran.
Beliau berkata peminjam yang menggunakan aplikasi itu tidak sedar bahawa mereka telah memberi kebenaran kepada sindiket untuk mengakses maklumat yang ada di dalam telefon bimbit seperti gambar dan nombor telefon individu lain.
"Sindiket ini akan menghubungi keluarga atau rakan-rakan untuk membuat ugutan sekiranya peminjam gagal membuat bayaran.
"Kebanyakan pengguna (peminjam) tidak akan membaca syarat yang dinyatakan (ketika membuat pinjaman) dan hanya memberi persetujuan bagi membolehkan mereka menggunakan aplikasi tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata bagi membanteras kegiatan sindiket along di seluruh negara, pihaknya melancarkan operasi khas iaitu Ops Vulture pada 2 Julai lepas dan kemudian berjaya melumpuhkan 14 sindiket along dalam serbuan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Sabah serta Sarawak.
Beliau berkata dalam serbuan pada Selasa dan Rabu lepas, pihaknya menahan 84 individu berusia 20 hingga 59 tahun disyaki ahli sindiket along.
"Siasatan mendapati semua sindiket ini beroperasi sejak 2018 dengan mengiklankan tawaran pinjaman di aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat yang menyasarkan golongan peniaga, kakitangan awam dan swasta serta kadar faedah pinjaman diberikan adalah 10 hingga 15 peratus bagi tempoh seminggu.
"Sindiket ini juga akan berpakat untuk menghubungi peminjam yang gagal melunaskan bayaran dan menawarkan pinjaman baharu bagi menyelesaikan pinjaman terdahulu supaya sindiket boleh meneruskan kontrak dengan peminjam dan memaksa membuat bayaran berlipat kali ganda menerusi faedah yang dikenakan secara berterusan," katanya.
Menurutnya semakan mendapati beberapa individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.
Katanya dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, pihaknya menerima 508 aduan daripada mangsa penganiayaan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau along yang melibatkan jumlah pinjaman bernilai RM2.5 juta dengan 508 orang ditahan kerana terbabit dengan sindiket tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021
Sindiket ini akan menghubungi keluarga atau rakan-rakan untuk membuat ugutan sekiranya peminjam gagal membuat bayaran. - Gambar hiasan/pexels.com
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Saman SRC: Najib pertahan tindakan luluskan pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP kepada SRC
"Saya mahu SRC mempunyai modal yang cukup untuk memenuhi objektifnya," kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kerajaan hanya pinjam untuk biaya defisit fiskal, hutang matang - Amir Hamzah
Melalui konsolidasi fiskal secara tegas dan berperingkat, kerajaan berjaya mengekang peningkatan jumlah pinjaman bersih sekali gus mengurangkan pertumbuhan hutang.
Pengguna dengan skor kredit tinggi dijamin kelulusan pinjaman 5 kali ganda - Kajian CTOS
Menggunakan sampel lebih 250,000 permohonan, kajian ini menyoroti jurang kadar kelulusan pinjaman antara pelbagai kategori skor CTOS.
Najib tidak minta kajian kebolehlaksanaan untuk pinjaman SRC
Najib berkata ini kerana Lembaga Pengarah SRC International adalah terdiri daripada individu yang mahir dan berkebolehan.
430,000 gagal bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM6 bilion - Zambry
Semua peminjam dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun sudah mempunyai kerjaya masing-masing.
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Polis Melaka patahkan sindiket 'along', tujuh ditahan
Sindiket itu menawarkan pinjaman wang antara RM500 hingga RM5,000 dengan kadar faedah sehingga 20 peratus seminggu.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.