PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis Proton Waja yang tular memandu melawan arus di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), berhampiran pusat beli-belah Paradigm Mall di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada Sabtu jam 6 petang pihaknya terkesan dengan video rakaman kamera papan pemuka memaparkan kejadian tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.
"Kejadian itu dipercayai berlaku pada 19 Mei pada jam 5.10 petang sebelum ia tular di Facebook.
"Kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.
"Setakat ini kita masih lagi dalam usaha mengesan pemandu tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau memohon pemilik asal rakaman tersebut supaya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk memberi keterangan.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa patuh kepada undang-undang trafik untuk mengelak daripada berlakunya kemalangan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 21 2022

Rakaman 'dashcam' sebuah kereta Proton Waja dipandu melawan arus di LDP, Petaling Jaya. - Video tular

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.

KPDN Kelantan rampas lebih 8,000 kg minyak masak seludup
Sebanyak 8,534 kilogram minyak masak bersubsidi dan tiga kenderaan disita dalam operasi bersepadu antara KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor semalam.

Video tular MPV dan URB kejar kereta di Taiping, lelaki ditahan
Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan dipandunya selepas diarahkan pihak polis berakhir dengan penahanannya apabila kenderaan terbabit melanggar beberapa kenderaan lain.

Lelaki hilang ditemui maut dalam kereta terbabas
Misteri kehilangan seorang lelaki yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di bahu jalan.

Lelaki sumbat 11 PATI dalam Proton Waja 'lesap' nampak kereta polis
Bayangkan 11 orang dewasa disumbat dalam kereta Proton Waja... boleh pengsan!

Enam sekeluarga terselamat dalam kebakaran
Kesemua mangsa berusia 19 hingga 56 tahun itu bertindak menyelamatkan diri sebaik menyedari rumah mereka terbakar.

Polis kesan pemandu Waja lawan arus di LDP
Polis memohon pemilik asal rakaman tersebut supaya tampil di IPD Petaling Jaya untuk memberi keterangan.

Seorang maut, tiga cedera tercampak keluar kenderaan selepas kemalangan
Seorang maut, dua lagi parah manakala seorang bayi berusia 8 bulan terselamat selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam kemalangan di Jalan Jeniang - Sik, petang Selasa.

Anggota polis cedera dilanggar pengedar dadah
Seorang anggota polis cedera akibat dilanggar kereta yang dinaiki tiga lelaki disyaki pengedar dadah di Taman Murni di Sepang pada Sabtu.

Padah seludup daging ayam beku
Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.15 malam.