MELAKA: Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan lanjut, berhubung perselisihan faham berkaitan pembelian sos cili di sebuah restoran makanan segera di Taman Buaya di sini, pada 22 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata rakaman percakapan lelaki berusia 45 tahun yang merupakan seorang peniaga itu, diperlukan memandangkan terdapat beberapa versi berhubung kejadian itu daripada kedua-dua pihak.
"Kita telah menerima laporan polis yang dibuat pekerja wanita restoran makanan segera berkenaan di Balai Polis Ayer Keroh pada 7.16 malam semalam, kerana berasa terancam dan risau akan keselamatan dirinya selepas pelanggan lelaki berkenaan merakam insiden itu.
"Rakaman percakapan wanita tersebut juga telah diambil semalam, selepas beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, versi kejadian yang dilaporkan lelaki berkenaan ialah beliau diminta membayar sos cili tambahan yang diminta, walaupun telah membeli makanan di restoran tersebut.
"Versi kedua iaitu dari pihak pekerja wanita berkenaan pula ialah, beliau dipaksa lelaki tersebut untuk menjual 10 peket sos cili, walaupun telah diterangkan bahawa tiada pembelian sos cili dibenarkan, kerana ia diberikan secara percuma oleh pihak restoran makanan segera itu.
Christopher berkata wanita itu juga turut dimarahi dan ditengking lelaki terbabit dalam kejadian antara 10 hingga 11 malam, 22 Sept lepas.
Beliau berkata tiada kecederaan atau kerugian dilaporkan berlaku dalam kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana ugutan jenayah.
Dalam pada itu, Christopher berkata menerusi semakan 'Integrated Police Reporting System' (IPRS) yang dilakukan, mendapati terdapat satu laporan polis dibuat berhubung kes itu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, susulan tindakan kompaun yang diambil ke atas premis berkenaan, kerana tidak mempamerkan tanda harga.
Semalam, syarikat pengendali restoran makanan segera itu dalam kenyataan memaklumkan, insiden berkenaan berlaku ekoran kakitangannya memberikan sos cili paket yang tidak mencukupi, bersama hidangan makanan yang dibeli pelanggan.
Situasi itu menyebabkan pelanggan berkenaan berang dan terjadinya insiden caj RM1 bagi satu peket sos cili.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023
![Polis kesan pelanggan terlibat insiden sos cili Polis kesan pelanggan terlibat insiden sos cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695813072_ChristopherPatitK.jpg)
Christopher Patit berkata rakaman percakapan lelaki berusia 45 tahun itu, diperlukan memandangkan terdapat beberapa versi berhubung kejadian itu daripada kedua-dua pihak. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Polis kesan pelanggan terlibat insiden sos cili Polis kesan pelanggan terlibat insiden sos cili](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695813072_ChristopherPatitK.jpg)
Polis kesan pelanggan terlibat insiden sos cili
Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan lanjut, berhubung perselisihan faham berkaitan pembelian sos cili di sebuah restoran makanan segera di Taman Buaya.